2

Sukarnya Meletak Dunia di Tangan, Akhirat di Hati

Ini catatan hari-hari kalut. Bukan untuk saya sahaja tapi seluruh dunia. Serasa tidak cukup tanah mahu dijejak dan masa berlari pantas. Tidak menoleh pun. Sekadar memberi ruang menghela nafas di tiap-tiap detik yang berlalu. Usai walimah kakak saya memberi sepenuh tumpuan saya pada assignment yang tidak terusik. Sepanjang masa di hadapan laptop. Alhamdulillah ‘kutub khanah’ saya boleh di klik dengan jari. Perisian Maktabah Syamilah banyak membantu saya. Itu pun setelah mengharung perit ‘mengerjakan’ komputer riba ini. Saat-saat getir beginilah selalu beban bertambah. Laptop jem. Terpaksa dihantar ke ‘klinik’. . Waktu itu, Passion ‘meletup’. Entah di mana silapnya. Tahu-tahu Siti sahabat serumah balik membawa khabar ia tidak boleh dihidupkan langsung. Kuat bunyinya hingga memeranjatkan Pak Guard yang berkawal di pintu sekolah tempat Siti bekerja. Saya baru mengambilnya tidak sampai seminggu....
BACA SELENGKAPNYA - Sukarnya Meletak Dunia di Tangan, Akhirat di Hati
Back to Top