
Maka, dibawa Engkau kembara ke alam istimewa selepas mengimami solat di Al-Aqsa yang makmumnya para nabi kesemuanya. Berteman Jibril dari langit ke langit bertemu para nabi pembawa risalah sebelumnya. Saat menyapa Adam a.s di langit pertama, terlihat olehmu wajah-wajah bahagia di sebelah kanan dan raut-raut derita di kiri.(Lalu di bahagian mana akan kami ikut serta... )Dari langit ke langit...terus. Di langit keenam bertemu Musa a.s. Bertukar salam dan mahu berangkat terus tapi terhalang akan tangisnya Musa a.s. Gerangan apa tangisanmu, sahabat? Kerana umatmu lebih ramai menghuni syurga dari umatku.(Dan apakah kami dalam jumlah yang dicemburui itu..)Bertemu Ibrahim a.s di langit ketujuh. Pesanan indah dititipkan. “Sampaikan salamku buat umatmu. Sungguh, syurga ini indah. Segala-galanya, Subhanallah walhamdulillah wallahuakbar.” Hilang kata...