
تعلم فليس المرء يولد عالما وليس أخو علم كمن هو جاهلBelajarlah, kerana manusia itu tidak dilahirkan terus menjadi alimDan tiadalah orang alim itu dapat disamakan dengan orang jahilGuru memberi banyak. Bermula daripada senyuman, salam, patah-patah perkataan yang dilontarkan hinggalah kemarahan dan tegurannya selalu menyemai minat, menyuntik inspirasi, membakar semangat, menumbuhkan harapan dan memberi cahaya pada hidup.Dia contoh, dia qudwah, dia ikutan, dia sumber inspirasi, dia pembimbing rohani, dialah guru. Justeru, hadiah apa selayaknya buat menghargai dia atas segala tunjuk ajar, jerih payah, tenang sabar, marah tegurnya sehingga kita menjadi kita hari ini. Saya teringat, cikgu-cikgu waktu di sekolah selalu mengucapkan; kami tak harap sebarang balasan, hadiahkan kami dengan kejayaan, cukuplah.Sempena Hari Guru, 16 Mei, saya mahu...