Saya sukakan wajah-wajah itu. Wajah-wajah yang dahagakan ilmu, wajah-wajah yang mendengar saya dengan penuh minat. Wajah-wajah yang menanti saya setiap selesai kelas dengan pelbagai soalan dari soal hukum sampai konspirasi dunia. Biarpun pelajar saya pelbagai karenahnya, pelbagai wajahnya, dari yang menunjuk mata kuyu atau terus melayan mengantuk atau yang ‘mengajar’ sama waktu mengajar, cukuplah beberapa orang mengubati penat dan marah saya pada yang lain.Menjadi ustazah, anda harus jadi semua. Walaupun anda dalam bidang Quran, anda kena mahir bidang fiqh, kena tahu bidang muamalah, kena tahu bidang stategik dan politik dunia, kena mahir bidang perhubungan awam, kena jadi doctor, kena semua. Kerana ustaz ustazah adalah seperti kaunter pertanyaan, dihumbankan segala soalan kepada mereka tanpa mengira bidang pengkhususan mereka. Sedang doctor sendiri dihormati mengikut pengkhususan, ditanya...
Sebulan Sudah Berlalu
6 years ago