5

Anak Hari Ini, Ibu Bapa Masa Depan

اللهم بلغنا رمضان
اللهم سَلِّمني إلى رمضان, وسلم لي رمضان وتُسلَّمه منّي متقبلا
Ya Allah, Selamatkanlah aku ke bulan Ramadhan dan selamatkanlah Ramadhan bagiku dan terimalah Ramadhan itu dariku
( Doa org-org soleh menyambut Ramadhan menurut Yahya bin abi Kathir )

Mendekati Ramadhan di di hujung Sya’ban. Fikiran melayang mengingat-ngingat sambutan tahun-tahun lalu. Matahari mula terik. Terasa bahangnya. Sebenarnya, salji harapan saya perlahan-lahan mencair. Semalam saya adukan pada Tipah saat senggang waktu antara kelas. Aku dah penat menunggu. Yang mana satu yang ko penatkan? Semuanya. Sabar, janganlah lagi. Entahla. Mak call semalam. Suruh isi borang DPLI. Ada bank dan yayasan yg dah jawab. Hampa. Datangla sini. Tak boleh, kerja banyak. Takpela. Perbualan putus. Hati melayan rasa bosan yg entah apa.

Berjalan melewati meja-meja teman sekerja, hati terpaut pada buku Indahnya ramadhan di Rumah Kita – terjemahan dari Buyutuna fi Ramadhan karangan Dr Akram Ridha. Tertera nama Bibi Ratna Maidinsah- 1 Ramadhan 1427, 240906. Pinjam kak.Lambatnya saya mengenal buku ini. Sangat objektif saranan-saranannya. Macam MBO program gayanya.

Bacaan memang ubat hati yang mujarab. Cepat sahaja saya kebah dari rasa bosan dan resah yang menggulung-gulung. Petang seperti biasa, bersungguh saya mahu memastikan jadual ilmu yg satu ini saya patuhi. Kadang-kadang terlepas juga kalau ustaz tiada atau saya sendiri tidak sempat ke sana meladeni anak-anak sekolah atau tugas-tugas ruwet lain. Al Musamahah fil Islam. Ustaz memulakan bicara. Suara yang selalu saya rindu. Sama seperti kuliah tafsir subuh di IKIM. Rugi benar rasanya klu ketinggalan.
Saya, gadis yg cepat membawa diri, memilih KL buat memulakan hidup. Sampai emak pun merungut hairan. Kenapa lepas balik Syria dulu kau terus cr kerja jauh-jauh. Entah. Tempat tu yg Kak Uda biasa. Nak duduk sini macam tak tahu mana nak cr keje.

Hari ini bicara tentang hubungan anak dengan ibu bapa kafir melalui firman-Nya dalam surah Luqman. Lihat, kalau mereka memaksa kamu untuk mensyirikkan Allah, jangan kamu taati. Apa? Jangan kamu taati. Wasohibhuma – dan bergaullah dengan kedua ibu-bapa kamu dengan baik. Masya Allah. Inilah Islam. Apa lagi kalau hubungan dengan ibu bapa Muslim. Us Arif menambah, saya sgt kagum dgn suatu keluarga yg saya jumpa. Anak-anaknya berlumba-lumba membukakan pintu untuk bapa mereka. Melayan bapa seperti raja. Lalu saya tanyakan rahsianya. Tenang jawapan sang ayah. Saya jaga hubungan dengan Allah. Justeru, Allah jaga hubungan anak-anak dengan saya. Saya juga dahulu berkhidmat untuk ibu bapa saya. Menjaga mereka. Subhanallah. Allah balas di dunia. Antum..? Kalau mahu anak-anak begitu, berkhidmatlah untuk kedua orang tuamu sekarang. Dan saya termenung mengenang diri. Benar. Cita-cita dan keinginan dalam hati terkadang menjadikan saya sangat mementingkan diri. Dalam menung itupun sempat saya cari alasan membenarkan diri begini. Emak, ayah, saya pohon restu. Selagi semangat saya masih kuat, izinkan saya berjuang. Saya sangat takut kehilangannya. Saya mahu berusaha selagi masih ada usia, selagi keputusan masih di tangan saya, masih blh dirunding dgn emak ayah sebelum kunci ketaatan ini berpindah entah bila, entah pada siapa. Saya cuma mahu redha agar hati saya tenang.

Kuliah dalam B.Arab setiap petang Rabu di Masjid UIA ini selalu menyentuh hati. Bahasanya mudah dan bicaranya persis seperti si ayah menasihati anak. Kerap saya tersentak. Benar – telah lama saya rasakan kesan bicara seorang guru zaman sekolah dulu – Maryam, hari ini awak menangis dgn marah saya. Percayalah, selepas ini, tiada lagi orang yg akan menegur awak dan awak akan selalu rindu dengan zaman ini.

5 Komentar:

ummi said...

I rasa tersentuh bc nukilan u tu. mmg bagus dan teruskan perjuangan

nour said...

Thanks 4 the comment. Hope kt jd anak2 yg solehah

Abdul Fattah Abdul Rahim said...

Salam, Mualimah syabas dan teruskan menulis.

Abdul Fattah Ab Rahim
http://fattahtheopener.blogspot.com

Abdul Fattah Abdul Rahim said...

http://fattahtheopener.blogspot.com
yang tu nama blog ana...

Abdul Fattah Abdul Rahim said...

memang sedih... ish...ish...ish

Post a Comment

Back to Top