0

Detik akhir ini, teman

Teman,Sisa Ramadan yang tinggal ini, apalah kiranya kita tinggalkan masa rehat yang mampu kita perolehi di bulan-bulan akan datang. Teman, anugerah Ramadan ini cuma setahun sekali. Apalah kiranya kita lawan sedikit rasa kantuk dan penat kita. Baki bulan-bulan akan datang panjang lagi kalau kita terlalu takut hilang rehat dan kesenangan badan. Teman, Ramadan sudah bersiap-siap mahu pergi. Teman, waktu-waktu akhir ini tidak mahukah kita berlama-lama, memanjangkan malam kita bersamanya. Tilam empuk di sudut bilik itu, kalau memang rezeki kita sepanjang hayat, bukan milik sang pencuri, akan tetap di situ. Tidak beranjak biar kita membiarkannya sendiri.Teman, indah malam-malam akhir ini, tenggelam dalam bacaan tenang, teratur, penuh penghayatan Imam apa tidak sedikit pun menguis hati kecilmu untuk turut serta? Teman, tarawih itu merehatkan kita...
BACA SELENGKAPNYA - Detik akhir ini, teman
3

Semarakkan Cinta

(Catatan lama yang saya muatnaik kembali) Ramadan menghampar redupnya. Perlahan memayung hati-hati panas, keras. Ah, waktu menyemarak cinta ini diam-diam terlalu cepat mahu pergi. Sedar-sedar sudah 10 hari dia membentang hamparan cinta,menghembus alun rindu. Bersambutkah cinta seperti selayaknya ia dirai. Saya sekadar mahu menitip satu dua bingkisan yang saya kutip saat bersinggah menadah ilmu dari kuliah-kuliah di masjid selepas asar. Benar membuat hati tersenyum. Benar, membuat hati tersasar mencari arahnya diri. 1)Dan apa (bendanya) yang di tangan kananmu itu wahai Musa?"Nabi Musa menjawab: "Ini ialah tongkatku; aku bertekan atasnya semasa, berjalan, dan aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku, dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu".(Surah To Ha: 17-18) 2)Anas ditanya pada satu ketika, adakah nabi memakai cincin perak.Lalu beliau menjawab,...
BACA SELENGKAPNYA - Semarakkan Cinta
Back to Top