0

Sesuatu yang Hilang

Inggrid, rakan saya dari Colombia sewaktu saya tanyakan perbezaan yang dirasakan di Malaysia termenung panjang, berfikir dan sesekali tersenyum memandang saya. Barangkali dia teragak-agak mahu berkongsi dengan saya. Saya mengajaknya bertemu bagi memudahkan komunikasi kami berbanding dalam mesej yang terhad. Dia meminta cadangan buku-buku yang baik untuk dibaca tentang Islam. “Masyarakat di sini tidak semesra kami.” Saya sedikit terkejut tapi cuba menyembunyikannya. Selalunya orang akan mengatakan masyarakat Malaysia sangat peramah. “Kenapa?” Soal saya. Dia menggeleng. Keluarga di sana apabila bertemu, kami sangat mesra. Memeluk satu sama lain. Duduk berdekatan dan berbual mesra. Di sini tidak. Saya sedar, setiap kali bertemu, Inggrid jarang menyalami saya tapi segera memeluk dan melaga pipi dengan saya. Awak rindukan keluarga...
BACA SELENGKAPNYA - Sesuatu yang Hilang
3

Catatan Hari-Hari Luka

Bicara pada AnginMahu ke manakah engkaulah wahai angin?Seperti selalu, menurut perintah TuhankuSudikah kau sampaikan salam dan pesanku pada tuan-tuan terutama yang memegang amanah rakyat jelataNafsu, bila tak terkawalMembawa hilang pertimbanganKelak tiap sesuatu tidak diletak pada tempatnyaKezaliman itu kan jadi permainanNafsu sejak dulu, sejak diciptaTelah terkenal degilLalu memang akidah tak boleh goyahPrinsip tak harus berubahSyaitan, telah masyhur dengan takburnyaTapi waktu menderhaka masih mengakuiAkan Tuhannya, fabi’izzatik - dengan kemulian engkauTapi manusia saat menjunjung kuasaHampir-hampir lupa dia hambaTakut-takut takburnya lebih tinggiLalu syaitan sudah boleh goyang kakiKerana dia punya penggantiSiapa dan di tahap mana pun engkauIngat, Akhirat bukan mainanYang kau sendakanBagai tiada esok untuk pembalasanEngkau? Si tanah hitam, mahu apakah engkau engkau sekarang?Aku mahu ke...
BACA SELENGKAPNYA - Catatan Hari-Hari Luka
0

"Kepekaan yang Sama, Ilham yang Berbeza"

Kepekaan yang Sama, Ilham yang Berbeza. Itulah tajuk ulasan Pn Siti Hajar Che Man terhadap keempat-empat cerpen yang tersiar dalam Tunas Cipta Disember. Salah satunya adalah “Pacai itu Cendana” tulisan saya yang keempat berjaya menembusi media. Saya kongsikan sedikit ulasan Pn. Siti Hajar dalam Tunas Cipta Januari di sini.Beliau memetik kata-kata Judson Jerome dalam bukunya The Poet and The Poem(1979), kepekaan dapat ditahapkan kepada enam, iaitu kepekaan kepada diri, fakta, bahasa, seni, umur dan misteri. Keenam-enam kepekaan ini adalah bersumberkan dari dalam diri dan merupakan tindak balas terhadap dunia luar. Dan beliau mengulas cerpen saya sebagai demikian:“Demikian juga dengan cerpen “Pacai itu Cendana” karya Maryamnour agak unik kerana cerpen ini telah menampilkan semua watak wanita yang diterajui oleh gadis terpelajar bernama Hanis. Cerpen ini juga menarik dan telah berjaya menambah...
BACA SELENGKAPNYA - "Kepekaan yang Sama, Ilham yang Berbeza"
Back to Top