"Saya tidak punya sijil, saya hanya punya sekeping hati," luah kak Fida, pengurus Rumah Sinar Salam dalam linangan air mata.Cuti hujung minggu lalu benar-benar membawa saya jauh ke dalam diri. Che Da mengajak saya menyertai team ajk dari Dream Team mengelolakan program SPIES di bawah naungan kerajaan negeri Selangor. Saya temui kembali wajah-wajah ikhlas penuh bersungguh- team Nisa' actually; Kak Mas, Kak Wyder, Kak Muna, Wani dan lain-lain. Saya datang dengan niat memerhati dan kalau ada perlu ditolong, saya tolong. Kesudahannya, saya kira saya adalah peserta. Segala pengisian sepertinya disediakan untuk saya, seorang pelajar master yang mamai membaca arah hidup. Peserta yang datang daripada pelbagai latarbelaknag itu seolah-olahnya menjadi guru saya. Mereka, bekas-bekas penagih tegar, pekerja seks, transeksual, homeless dan lain-lain menjadi guru saya sepanjang dua hari berkampung di...
Sebulan Sudah Berlalu
6 years ago