4

Erti hidup pada memberi

Assalamualaikum, lama benar 'rumah' saya ini ditinggal sendiri. Sudah bersawang rasanya. Bukan kerana tidak punya masa, tapi idea tak kunjung tiba. Benarlah, menulis kadang-kadang adalah cerminan diri. Waktu saya mula-mula menulis blog, ia menjadi cara terbaik untuk meluahkan rasa atau berkongsi cerita. Hingga kadang-kadang saya tidak senang untuk buat kerja lain selagi tidak menulis.

Tapi setahun dua ini situasinya berubah. Bukanlah kerana saya lebih pentingkan 'rumah' lain yang mahu dibina tetapi segalanya bermula bila saya merasakan masa saya untuk tesis akan terbuang jika saya mememerah otak untuk menulis blog. Tapi hari ini saya kembali menulis, berharap agar semangat saya pulih untuk terus menulis, bukan terus bahkan pecut untuk menulis tesis. Mahu meminjam semangat ini.

Saya mahu kembali seperti dulu. Menulis sebenarnya menjadikan saya lebih kenal diri, lebih terancang kerana idea dan perancangan akan mengalir sedikit demi sedikit waktu saya menulis. Kadang-kadang, masalah saya selesai dengan menulis kerana ia membuka ruang fikir, monolog dalam diri yang menghasilkan pencerahan yang memuaskan. Tapi skill itu sekarang, kerana sudah lama tidak diasah ia seakan tumpul. Memang ada banyak yang boleh saya olah menjadi cerita tapi seperti kata saya, ada bahagian dalam diri saya yang merajuk kerana tidak dipedulikan.

Semalam, sebelum tidur, saya merenung ke dalam diri. Serasa saya sudah tidak 'seproduktif' dulu lagi. Mungkin kerana saya terlalu menyekat diri saya dengan tesis. Dan apabila saya tidak rancak dengan tesis, segalanya juga jadi hambar. Saya mahu cepat-cepat siap. Kerana ada banyak tugas menanti usai siap. Saya ada perancangan lain. Saya juga fikir, ada banyak perkara yang boleh saya buat kalau saya tidak terlalu obses dengan tesis sedangkan perkembangan tesis saya agak mengecewakan terutamanyawaktu merantau di utara beberapa bulan dulu. Pulang ke UIA, saya segar kembali. Tapi selesai satu topik, saya merayau lagi tidak ketemu titik berhenti untuk memulakan topik yang baru.

Begitu, menulis perlukan kesungguhan. Saya bukan orang yang boleh menulis secara cepat kerana mahu cepat selesai, mahu segera konvo. Ya, itu salah satu. Tapi kerana saya mahu tenang-tenang menulis dan'enjoy' membaca, justeru saya menjadi gagal untuk menulis dalam waktu kecederaan. Tapi hari ini, saya mahu memaksa diri untuk kembali ligat kerana saya tahu saya mampu dan boleh bahkan lebih dari itu. InsyaAllah. Doakan saya. Doa saya untuk anda juga. Kerana apabila kita berjaya menyelesaikan masalah kita, ada banyak masalah orang lain yang kita boleh tolong selesaikan, ada banyak lagi yang boleh disumbang. Terkongkong dalam diri sendiri, selain ia merugikan, ia menjadikan hidup tawar dan hambar. Bukankan hidup itu lebih bererti apabila kita mampu memberi? (kredit untuk Abu Saif yang banyak mengajar tentang hidup utk memberi)

4 Komentar:

siti nurleha said...

menulis memerlukan rasa dan kecintaan untuk diteruskan...teruskan perjuangan kak!

Anonymous said...

Salam Kak Sit, lepas akak walimah, ummu lama menunggu khabaran akak. ;lama betul kita tak bersua dan berkongsi cerita@semangat

purple ladies said...

salam... betul... saya setuju... kalu nak menulis mesti kena ada feel kata org.. baru kita rasa semamgat untuk meluahkan atau berkongsi pendapat....( salam perkenalan)

huda said...

salam k.maryam..
terusik seketika hati ni dgn kata akak yg membina.. thanz =)
moga dipermudahkan urusan akak.
innallaha ma'al muttaqiin...
senang2 dtg la umah di batu 8

Post a Comment

Back to Top