Menjelang Ramadan, kepala saya berat memikirkan beberapa perkara. Bermain-main di kepala. Beberapa perbincangan serius bersama teman-teman serta beberapa pembacaan di laman maya menjadikan saya berfikir bahawa ada perkara yang memerlukan saya merancang dengan serius dan terlibat dengan lebih serius .
SATU. Saya dan sahabat-sahabat banyak merungut tentang kehilangan ‘common sense’ dan adab di kalangan pelajar pengajian tinggi hari. Saya sendiri selalu memujuk diri bersabar dengan mengatakan pada diri, “mereka ini pelajar. Sebab itu perlu diajar, dididik. Memang mereka tidak tahu”. Lalu bersabarlah saya. Tetapi terlalu banyak kes yang membuatkan saya bertanya mengapa, apa sudah jadi dengan deria rasa pelajar-pelajar saya.
HARI INI, ada pelajar masuk ke jabatan saya, memakai baju labuh belah tepi yang hampir mencecah ke lutut dan seluar. Baju jenis kain jarang yang menjadi trend hari ini dipakai dengan inner. Sahabat saya yang melihat spontan bertanya sinis, awak pakai baju tak di dalam? Pelajar tersebut menjawab, pakai, sambil menunjukkan wajah kurang senang atas teguran itu. Macam tak pakai baju je, tambah kawan saya. Terus pelajar itu berlalu. Tiada rasa malu atau bersalah tergambar di wajahnya.
BEBERAPA JAM SEBELUM ITU, saya menahan sabar di dalam kelas tetapi cuba untuk tidak melepaskan kemarahan saya. Tetap juga ketara sehingga seorang pelajar berkata, takut nak tanya ustazah hari ini, ustazah macam garang je hari ni. Siapa yang tidak marah kalau berhadapan dengan situasi yang saya hadapi. Kumpulan pembentangan pada pagi ini sepatutnya membentang dua minggu lalu. Tetapi semua ahli kumpulan tidak hadir kecuali seorang. Itupun selepas setengah jam. Hari ini, mereka hanya membaca slaid. Apabila saya bertanyakan beberapa soalan mudah yang jawapannya memang ada pada slaid yang disediakan, mereka tolak menolak untuk menjawab. Ketara yang mereka langsung tidak bersedia untuk pembentangan tersebut. Saya panggil semuanya dan mereka mengaku langsung tidak bersedia malah hanya seorang yang menyediakan slaid tersebut. Tidak ada rasa bersalah yang ketara. Sekadar meminta maaf.
BEBERAPA MINGGU YANG LALU, saya terberhenti ketika sibuk membentang mauduk pengajaran. Saya berasa terganggu dengan suara-suara yang menggangu pengajaran saya. Bukannya ramai pun, seorang. Dan beliau tidak merasa bahawa beliau telah mengganggu saya. Untuk makluman, ini kali ketiga saya menegur situasi seperti itu di kelas yang sama untuk orang yang sama sebenarnya walaupun teguran saya bersifat umum. Cuma kali itu, saya menutup sebentar tajuk kuliah dan bercakap tentang adab antara guru dan murid. Tentang ilmu dan adab mengaji. Sabar ! Seperti mana sabarnya saya melihat pelajar itu mengeluarkan ‘compact powder’ dari begnya dan menata wajah semasa saya bercakap di hadapan. Allah! Tapi Alhamdulillah, ada perubahan pada minggu-minggu seterusnya.
SELALU juga, sahabat-sahabat saya mengadu tentang pelajar yang tidak segan silu duduk berdua di bangku-bangku di kaki lima kolej, bertepuk tampar, melentok bahu. Tidak malu berbuat demikian di tempat lalu lalang pensyarah mereka. Belum sentuh tentang baju yang seperti mahu ke parti. Cuma, Alhamdulilah tiada kes tidak menutup aurat di dalam kelas saya kerana sejak awal-awal lagi, kami sudah menetapkan peraturan pakaian ke kelas agama.
Situasi-situasi yang saya hadapi menjadikan saya bertanya, di mana common sense pelajar-pelajar ini? Saya memahami mereka bukan pelajar aliran agama tetapi banyak perkara yang hanya memerlukan pertimbangan biasa dan naluri semulajadi untuk menilai sesuatu pun mereka gagal untuk berbertindak begitu. Saya seperti merasa mahu menulis sebuah buku yang menyenaraikan kesilapan-kesilapan kecil yang sebenarnya hanya memerlukan common sense dan fitrah seorang manusia untuk menilai betul salahnya sesuatu perbuatan itu.
COMMON SENSE + ADAB
Apa itu common sense?
-Common sense: sound and prudent judgment based on a simple perception of the situation or facts (meriam Webster),
-the basic level of practical knowledge and judgment that we all need to help us live in a reasonable and safe way (Cambridge advanced).
Secara peribadi, saya sendiri sangat sukar mendefinisikan common sense itu dengan perkataan, Tetapi saya pasti kebanyakkan kita masing-masing faham dengan akal dan hati perkataan itu. Boleh baca tulisan Abu Saif tentang common sense di sini. Ia adalah pertimbangan akal yang sihat dan dalam Islam, kalau kita terdidik dengan adab, secara automatik common sense itu akan berfungsi sebaiknya. Di mana remaja hari ini belajar adab? Dahulu, anak-anak sering diajak ke kenduri kendara. Pantang buat perangai, tangan ibu akan menjalar mengutil kita atau paling kurang, matanya akan melirik tajam, memberi amaran. Di situ kita belajar adab. Hari ini, kenduri kendara malas dihadiri, pergaulan anak-anak adalah di alam maya, bertemu dengan rakan sejiwa dan sebahasa, tiada ibubapa memantau nada bahasa mahupun adab bicara. Rakan saya bertanya, apa solusi yang saya cadangkan untuk masalah buang bayi dalam kertas kerja yang kan saya sediakan bersama teman saya. Saya menjawab, antaranya mendidik adab di rumah. Spontan rakan saya menjawab, bagaimana mahu mendidik sedangkan ibubapa hari ini pun tidak beradab. Dalam satu lagi kertas kerja berkenaan tanggungjawab anak terhadap ibubapa sebagai respon kepada isu buang ibubapa hari ini, antara solusi yang dicadangkan untuk mengelakkan anak derhaka adalah dengan menjadi ibubapa yang tidak derhaka kepada anak-anak.
Institusi kekeluargaan hari ini sedikit mebimbangkan. Atas desakan ekonomi, suami isteri keluar bekerja. Lalu para isteri dan ibu mengatakan, kami boleh menggalas tiga tanggungjawab dengan baik; Isteri, ibu, pekerja/majikan. (Jarang kita dengarkan, kaum bapa berkata seperti ini: Saya mampu membahagi masa dengan baik sebagai suami, bapa dan pekerja/majikan). Hakikatnya, kita masing-masing tahu ia tidak mudah. Kesannya, tarbiyah di rumah bukan prioriti. Kita swastakan kepada bibik, kepada tv, internet, media, kepada guru-guru (tapi kalau cikgu cubit anak kita, kita melenting; saya tak pernah cubit anak saya), kepada shopping mall ;Mid Valley, KLCC dsb, kepada…
Ada banyak yang bermain di kepala selain berbuku di hati. Saya melihat pendidikan sudah hilang ruhnya. Malaysia memang sudah menjadikan pendidikan satu perniagaan. Untung yang utama, pendidikan itu kedua. Di depan mata saya, saya melihat kezaliman dilakukan terhadap masa depan pelajar-pelajar saya. Zalim kerana hanya duit jadi perkiraan, pembinaan insan dikebelakangkan. Lalu akhirnya saya terpaksa akur, pelajar-pelajar saya hilang common sense dan adab kerana yang membangun institusi pendidikan ini, mereka juga telah lama hllang keduanya bahkan buta mata dan hati melihat kebenaran. Allahummahdi him.
DUA. Apa pun isunya, setiap sesuatu tidak boleh berakhir dengan fikiran sahaja. Perlu disusuli tindakan. Sedikit atau banyak. Kata pepatah arab, “kalau tak boleh buat semua, jangan tinggal sebahagiannya”. Semua pihak ada peranan masing-masing. Berbuatlah atas kapasiti masing-masing. Anda bapa, ibu, anak, guru, pelajar, bos, CEO, Dato’, Tan Sri- kata Allah: Bekerjalah, Allah akan melihat, menilai amal kamu. Dan kata-Nya lagi seperti mana pesan Luqman pada anaknya, setiap sesuatu walau sebesar biji sawi, walau dicampak di padang pasir, daratan, langit yang luas, pasti dinilai Tuhan, pasti ditulis malaikat, pasti ada balasan, pasti ada ganjaran. Tanpa sedar, setiap detik kita semua sedang memilih antara derita neraka dan nikmat syurga.
RAMADAN KAREEM! ALLAHU AKRAM!
3 Komentar:
artikel yg bjaya mem'blend' semua rasa yg ada.sungguh,org2 muda skrg dh tak mcm zmn kita mbesar dulu,kak;).the 1st thing yg sy tfikir bl baca artikel akak ni,sy rs btanggungjawab nk 'amik alih' tugas mendidik ank2 utk parents yg bkerja.kesian ank2 tu..bkn 100% slh dorang kalo 'common sense' tu hilang tp sedikit sebanyak peranan ibubapa kt rumah tu pun menyumbang.ank2 takde contoh nk ikut.bkn tak tau mana 1 yg btul & slh tp tak tau apa yg dorang apply tu sbnrnya tak btul.mdh2an impian sy tu tercapai...:))
Amiin. I'm always behind you. Rasanya ramai yang sangat berharap, ada nurseri yang bkn sahaja cater keperluan fizikal tetapi juga keperluan emosi, kognitif, akhlak, iman dsb. Moga kedatangan Ramadan akan memberkati urusanmu.
ramai yg sokong ni..alhamdulillah.ade yg bagi contact pemilik taska(utk bkongsi ilmu),ade yg tolong carikan tmpt n yg bg moral support mcm akak mmg ramai.mungkinkah rezeki Ramadan?hmm...semoga Allah permudahkan.amiin
Post a Comment