3

Kepadamu Kekasih

Saya sebenarnya sudah mahu melupakan hasrat untuk menulis tentang ini kerana terasa sudah terlalu terlambat. Tapi waktu demi waktu ada sahaja yang menggamit sehingga terasa ada sesuatu yang tidak selesai. Saya dimakan kata-kata sendiri waktu membawa acara maulidur rasul di kampung beberapa hari lalu. Biar tarikh kelahiran baginda Nabi telah berlalu namun ingatan pada manusia agung itu tidak harus sifatnya bermusim. Bukankankah hidup yang dilalui harus selalu dipandu petunjuk dari alQuran dan sunnah baginda.
Ada sesuatu yang sangat istimewa daripada inti kuliah petang Rabu sehari sebelum 12 Rabiulawal 1429 ini. Us Arif Ali Ari seperti biasa selalu membuat saya terpana dengan bicaranya yang menusuk ke jiwa. Kata orang, selalunya nasihat yang terkesan ke jiwa orang lahir daripada diri yang ikhlas dan orang itu sendiri mengamalkannya. Kata Us, saya sangat sukakan sirah. Sambungnya:
“Ya waladi, iqra sirah wa satasy’ur kaanaka tuhyi ma’a annabi. Iqra as sirah”
-Wahai anakku, bacalah sejarah Nabi. Kamu akan berasa seperti hidup bersama
Rasulullah-

Ah.. bergetar jiwa mendengar.

Baca, baca paling kurang sehari satu muka surat. Para sahabat berkata :
“Kunna nuallim awladana sirah kama nuallim surah min al Quran”
- Kami mengajar anak-anak kami sirah seperti mengajar surah al Quran-

Cintakah kamu pada nabi, anakku? Bagaimana orang bercinta? Cinta membawa kepada khayal. Kepada mimpi. Dan mimpi bertemu dia, sang kekasih adalah rukyah solihah. Syaitan tidakkan mungkin menyerupainya. Imam Abu Hanifah menurut ustaz(Abu Hanifah atau Imam Ahmad, saya tidak cukup ingat) saban malam bertemu baginda dalam mimpi. Sehingga jika beliau tidak tidur bermimpikan baginda, beliau akan mengira-ngira kalau hari tersebut beliau telah berbuat dosa.

Ah, cinta saya rupanya belum begitu kuat. Belum cukup utuh bersemi. Memang, kalau mengingat-ingat bagaimana rasanya jatuh cinta, belum sampai cinta pada nabi sampai ke tahap itu. Berjauhan terasa menyeksakan. Tidur selalu terganggu resah dan rindu bergulung-gulung dalam kalbu. Pedih dan perit pula bila kehilangan. Cinta itukan buta. Selalu juga manusia jatuh cinta pada seseorang yang tidak dikenali, pada seseorang yang tidak pernah berbudi. Ini Muhammad, manusia yang tak ternilai jasanya buat umat manusia terutama untuk saya seorang perempuan. Manusia yang menerangkan alam dengan cahaya keadilan. Manusia yang membawa al Quran; kalam yang berjaya melunakkan takbur dan keras hati manusia kasar padang pasir kontang. Memang sukar untuk jatuh cinta pandang pertama kerana kita generasi yang tidak sempat bersamanya. Tapi sekian ramai juga manusia jatuh cinta hanya kerana memdengar berita, membaca cerita. Lalu, dari sekian banyak bicara tentang dia, kisah hebat mengenainya, marilah kita belajar bercinta; cinta yang dituntut, diganjari pahala, dihadiahi syafaat saat tak punya teman mengadu di bawah terik mahsyar.

3 Komentar:

babalala said...

assalamualaikum,

mun'im nih.best tak gi damsyik?
harap mualimmah sihat.okeh.



wasalam.

Mohd Zaki M Noor said...

best!
mu'-jib

nour said...

Syukran.Akak yg patut banyak cemburu pada awak. Akak terlalu kedekut dgn masa utk rajin menulis. Terlalu takut hilang masa membaca buku..(padahal berangannya lbh dr baca, sbb tak faham2 kan)heheh

Post a Comment

Back to Top