Jumaat telah dididik untuk diingati sejak kecil. Lebih-lebih lagi waktu itu, cuti umum belum ditukar kepada Sabtu dan Ahad. Hari Jumaat, memang ditunggu kerana emak akan menyediakan hidangan yang lebih istimewa. Masih tersimpan dalam kotak fikiran pesan seorang guru supaya sedar kalau hari yang sedang dilalui itu adalah hari Jumaat. Bukankah kita selalu bertanya; hari ini hari apa ya, yang menandakan ketidaksedaran kita terhadap perjalanan masa yang pantas. Seorang perempuan seperti saya lebihlah lagi. Tidak wajib menghadiri solat Jumaat. Justeru, kemungkinan untuk ‘tidak sedar’ itu lebih tinggi berbanding orang lelaki yang tidak culas menunaikan kewajipan itu. Siapa yang mahu lupakan Jumaat kalau punya hajat kerana termaktub dalam hadith; padanya satu waktu yang tidak ketahui, jika berdoa pasti dikabulkan. Entah kenapa Jumaat hari itu menggamit hati untuk turut bersama jemaah dunia...
BACA SELENGKAPNYA - Sayyidul Ayyam