0

Cahaya Muharam-Pesan Buat Diri

Saya harus bangun dari mimpi indah yang menguliti zon selesa saya.Tahun baru, harus saya mulakan dengan penuh azam. Penuh sedar memahami ‘the big picture’ dan melalui hidup penuh ceria meninggalkan kerisauan semalam.Saya hamba Dia, harus memahami tujuan hidup dan dunia tempat saya menumpang lalu sebelum kembali menemui Dia.وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ }الأنبياء35 Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. Dia, sejak saya belum melihat manis senyum, hijau daun dan biru laut, merasa hangat dakapan, nyaman angin dan sejuk air, mendengar kekek tawa, kicau burung dan kokok ayam, menikmati kasih insan dan nyanyi alam telah lama pemurah mengizinkan saya menjadi juara dari sekian banyak yang berlumba mahu mengenal dunia, kemudian menetapkan...
BACA SELENGKAPNYA - Cahaya Muharam-Pesan Buat Diri
0

Eidul Adha di Kampung Usrah

Cuma ada lima keluarga di Kampung Usrah. Tapi sudah cukup untuk kami merasa kemeriahan Hari Raya Haji bersama. Manakan tidak, satu keluarga sahaja, anak beranaknya mencecah lima belas orang malah lebih kalau cucu cicit juga pulang. Ini untungnya adik-beradik ramai. Gotong royong dijalankan dua hari sebelum hari raya. Orang perempuan kemas surau dan sediakan sarapan. Orang lelaki kemas keliling kampung dan sediakan tempat sembelihan lembu.Beberapa hari sebelum, Mak Zah datang berbincang minta emak usahakan kalau ada orang mahu turut serta korban tahun ini. Kalau tak cukup 7 orang, alamat tak bermaknalah Raya Haji tahun ini. Apalah ertinya Eidul Adha tanpa korban. Emak telefon sana sini bertanyakan kawan-kawannya. Masih ada 3 bahagian lagi. Nampaknya niat yang baik dipermudahkan Allah. Korban selain melaksanakan tuntutan fardu kifayah, waktu...
BACA SELENGKAPNYA - Eidul Adha di Kampung Usrah
0

Bahasa yang dirasa

Buku yang baik memang punya aura tersendiri yang mampu menerobos minda dan membelah jiwa menjadi ubat hati yang mujarab. Muqaddimahnya sahaja sudah mampu membuat kita teruja dan mahu terus membaca dan membaca. Saya antara orang yang senang tersihir dengan pilihan kata dan karangan bahasa. Saya pernah ‘sakit’ seketika selepas membaca sebuah novel (antara pemenang hadiah sastera). Saya dilanda ‘konflik diri’ sehingga saya pulang ke kampung. Di rumah pun saya memerap di dalam bilik dan menangis. Puas emak saya memujuk. Sangkanya saya putus cinta. Tapi sekarang bila membaca kembali buku itu, perasaannya biasa-biasa sahaja. Dahulu mungkin kerana saya masih keliru dan kabur tentang impian dan cita-cita lalu terkesan dengan cerita itu. Dan untuk pengajian saya, saya banyak terdorong oleh bahasa Syed Qutb. Ayat pertama pada muqaddimah Fi Zilalnya sahaja sudah membuat saya jatuh cinta untuk terus...
BACA SELENGKAPNYA - Bahasa yang dirasa
Back to Top