2

Sahabat: Takmil wa Istikmal


من لي بإنسان إذا أغضبتُه وجهلتُ كان الحلمُ ردَّ جوابِهِ
وإذا طربتُ إلى الُمدام شربت من أخلاقِهِ وسَكِرتُ من آدابه

وتراه يُصغِي للحديث بسمعه وبقلبه ولعله أدرى به

Di mana kan kucari seorang teman yang jika aku memarahinya
Hanya disantuni dan dimaafi
Dan jika aku ketagih mabuk, akan kuminum dari akhlaknya
Dan aku akan mabuk dengan adab dan sopannya
Kau lihat dia memasang telinga mendengar segala ceritaku
Dengan hati tekun kendati dia lebih tahu apa yang kuceritakan itu

Teman itu anugerah Tuhan, buat berkawan buat berjalan buat mendengar bisik dan tawa, juga buat sandaran saat diri perlu bahu untuk tumpang menangis. Mereka terbaik, mereka istimewa, mereka pelik, mereka gila, mereka…pelengkap saat diri merasa kurang.

Sabtu: Jalan jauh ke Baling

Hari Sabtu saya membawa diri dalam perut MyVi milik sahabat yang sudah lama tidak bertemu, Ana Hafizan bersama Wani dan Aziah (KL Girls- kata Aziah), merentas jalan jauh ke Baling. Memang jauh sungguhlah jalan perginya. Penat terubat melihat wajah permaisuri sehari, Puan Zurina Ahmah Phuat yang selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, En Zulkifli. Zue nampak ayu, berseri dan riang dalam rona kelabu indah, busana hari bahagia. Tahniah Zue, moga jadi isteri solehah dan diberkati Allah rumahtangganya. Moga saling melengkapi suami isteri. Takmil wa istikmal.

Seronoknya perjalanan yang jauh ini kerana waktu yang ada cukup banyak untuk diisi dengan segala cerita terkini dan memori. Dan saya, memang sengaja membawa hati jauh dari Kuala Lumpur buat memikir dengan lebih tenang dan rasional. Nyata, saya tidak kecewa kerana saya dibentangkan pilihan dan jawapan biar tidak sepenuhnya menyelesaikan masalah kerana akhirnya memang kita yang harus membulat tekad memilih ‘the right solution at the right time.’

Terima kasih sahabat kerana masih seperti engkau yang kukenal dulu. Malah lebih kerana perjalanan yang kita pilih selepas berakhirnya zaman bersama telah sama-sama mendewasakan kita buat memahami hidup dari pengertian masing-masing, memberi warna ria pada kanvas persahabatan yang kita larik bersama.


Ahad: Untuk memori yang ditinggal pergi, untuk sejarah yang mahu dilakar diri

Ahad di Stadium Melawati. Menyusur gerai bersama Ummu Hani, mendengar amanah dan pesan dari para pemegang amanah ummah, mujahid mujahidah yang berkorban diri untuk Islam.

Saya mencari diri, tenggelam dalam kalam penuh mana tuan presiden. Siapa saya, mengadu kesibukan, mengadu perit mengharung hidup sedang saya bukan berbuat apa-apa. Hidup untuk diri sendiri. Mereka, memberi hidup untuk perjuangan, untuk Islam, untuk hari esok yang diyakini milik Islam. Semalam sudah terbukti, mimpi mampu jadi realiti. Dari perhimpunan di sekolah kecil dahulu ke stadium besar hari ini. Lalu bukan mustahil Islam menjadi tuan di bumi Malaysia. Ia akan terealisasi kalau benar kepercayaan di hati, kuat tekad mengatur strategi, bersungguh melaksana amanat Ilahi menjadikan Islam yang tertinggi.

Sebelum menutup mata
Saya menarik nafas lega. Saya boleh tidur lena hari ini. Dua hari berpergian, memberi saya sinar, nur pada hati buat meyakinkan diri mengatur langkah untuk fasa hidup saya seterusnya. Ya Rabb, ihdini, thabbitni ‘ala dinik wa ‘ala to’atik. Thabbitni ‘ala nahjil istiqamah.
. اللهم لاتكلنا لأنفسنا طرفة عين
عليك توكلنا وإليك المصير

2 Komentar:

Zurina said...

bonda, terima kasih atas kehadiran.. teman seperti kalian mmg sukar untuk dicari ganti..insyaAllah akan kekal dalam doa. gembiranya hati zu melihat kalian sampai di teratak zu.. yer.. mmg jauh dalam hutan kan..heeee..suami zu sntiasa mengingati pesan bonda....terima kasih sangat2.. semoga ukhwah kita makin mantap...ermmm bonda...langkah pertama mmg sukar..beranikan diri, insyaAllah langkah seterusnya akan dimudahkan.."tanpa keberanian mimpi takkan bermakna".

Maryamnour said...

Chaiyuk! Beranilah untuk bermimpi. Dare to dream. Thanks ats pesan2 berguna. Smg bahagia n cepatla bonda tengok cucunda baru lagi

Post a Comment

Back to Top