0

Trek kita...

Ramadan Kareem wallahu akramakum, ahibbaaii.Bulan tercinta telah tiba, hampir selesai pusingan yang pertama. Kita masih berlari anak atau sudah memecut. Atau memang sudah memecut dan nanti akan kembali ke mode biasa waktu hampir ke garisan penamat. Atau...tidak ikut serta dalam kejuaraan setahun sekali ini. Jangan...masih tidak terlewat untuk turun ke trek. Ini kejuaraan luar biasa. Tidak ada hakim manusia yang menentukan siapa juara di hujung garisan. Dan bukan manusia juga yang menilai mutu larian di trek istimewa ini. Kata Dia, Sang Penganjur...ini untuk Aku, Aku yang menilainya."Setiap amalan anak Adam (manusia) adalah untuknya, melainkan amalan puasa, maka sesungguhnya puasa itu untuk-Ku (Aku sendiri yang dapat memeriksa dan menilainya) "(الصيام لي وأنا أجزي به) Mengapa dikhaskan puasa di sini?Kata Ibn Hajar, kerana orang tidak riya'...
BACA SELENGKAPNYA - Trek kita...
0

Pulanglah

Pulang dari Interfaith Dialogue membincangkan tajuk "Tujuan Hidup" dari 3 perspektif agama di UIA tadi, saya berkira-kira mahu menyambung menyiapkan slide untuk pembemtangan hari Khamis ini- kelas Muslim Scholarship in Comparative Religion. Fokus saya adalah Ara' al Hind (Pandangan Orang Hindu) tulisan Shahrastani. Saya sedikit tenang selepas bertemu Dr Komar bertanyakan fokus pembentangan saya. Sedikit sebanyak saya perlahan-lahan mula memahami opps..masih cuba memahami dengan lebih mendalam berkenaan agama lain. Masih sangat pening memahamkannya sebenarnya. Dr Komar baru selesai membentang tentang Judaism dan Cristianity. Saya masih perlu masa memahami beberapa konsep utama dalam setiap agama.Syukur, itu sahaja yang mampu saya katakan. Berpeluang belajar dengan Dr Komar, biar sedikit menakutkan saya kerana ketegasannya namun sangat menyenangkan...
BACA SELENGKAPNYA - Pulanglah
0

Merai dan Meraih Nikmat yang Dilupakan

Sudah hampir separuh bulan Sya'ban kita lalui. Hampir kita tidak sedar ia berlalu. Memang seperti kata Baginda Rasul, Sya'ban ini bulan yang dilupakan kerana ia di antara dua bulan mulia;bulan Rejab dan bulan Ramadan. Kata Baginda lagi, ini adalah bulan di mana amalan dipersembahkan kepada Allah. Kata Baginda s.a.w: Aku suka kalau amalan aku diangkat pada waktu aku berpuasa. Aisyah berkata, aku tidak pernah melihat Baginda Rasul s.a.w berpuasa sebanyak dia berpuasa di bulan Sya'ban. Antara waktu di mana amal lebih dituntut dan diberi lebih ganjaran adalah pada waktu-waktu yang manusia lalai terhadapnya. Antara waktu gaflah(lalai) adalah bulan Sya'ban, antara Magrib dan Isyak juga waktu Solat Asar. Contoh lain adalah berzikir waktu kita pergi ke pasar. Kerana lumrah pasar adalah waktu manusia sibuk dan lalai dari mengingati Allah.Sahabat,...
BACA SELENGKAPNYA - Merai dan Meraih Nikmat yang Dilupakan
Back to Top