Aku sudah jadi bisuHampir putus asa kalauBukan akur pada ingatan Tuhantentang rahmatNya yang maha luas Untuk dia,Aku benci mahu merayu memohonMeminta tolongKerana dia tidak layak untuk itu semuaOrang yang layak adalah orang yang punyasesuatu untuk dikongsi Aku tidak tahuApa dia masih punya walau sekeping hatiBuat mengasihi seorang ibu yang sudah acap bermain air mataYang hambur dan marah masih dibalas kasih tak terjangkau dalamnyaBuat menyayangi ayah yang tak pernah terbang sabarnyaBiar bentak dan baran menambah sakitnyaCuma disambut dengan hela nafas dan geleng lemahnyaBuat mengasihani si kecil naïf yang hanya tahu menghambur tangisAtau menyimpan sendu kerana suaranya dilarang kedengaran biar sesekali mahu menunjukYang dia cuma anak kecil..tangis itu biasa, mahu memancing perhatian Untuk dia,Aku…sudah tidak punya hati untuk kasihanBerilah aku seribu alasan…Sedang masa sebenarnya sudah lama...
Sebulan Sudah Berlalu
6 years ago