0

Sabarlah Hati!

وَاصْبِرْ عَلَى مَا أَصَابَكَ إِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِSabar…mudah melafazkannya tapi sangat sukar meletaknya dalam hati saat diri ‘disentuh’ ujian. Sabar itu; tetap hati dan kuat menanggung kesakitan dan musibah. Juga meletakkan penyerahan penuh kepada Allah, yakin serta redha dengan Qada’ dan Qadarnya. Dari mana datangnya sabar? Ia natijah dari kefahaman yang benar. Sesiapa yang menemui jalan yang betul dan mengetahui hasil dan akibat jalan itu, akan mampu menempuhinya dan bersabar atas apa yang akan dihadapinya. Sabar juga adalah sebab untuk kita menambah kefahaman dan ilmu dan sebab untuk kita mencapai tujuan hidup. Sabar itu natijah pada apa yang telah berlaku dan sebab kepada apa yang akan berlaku selepasnya. Ilmu membuahkan sabar dan sabar melahirkan lebih kefahaman dan kesedaran. Begitulah kitar kehidupan kita. Justeru kita harus faham setiapa sesuatu yang berlaku, juga...
BACA SELENGKAPNYA - Sabarlah Hati!
0

Wahai Anak, Kembalilah

وَهِيَ تَجْرِي بِهِمْ فِي مَوْجٍ كَالْجِبَالِ وَنَادَى نُوحٌ ابْنَهُ وَكَانَ فِي مَعْزِلٍ يَا بُنَيَّ ارْكَب مَّعَنَا وَلاَ تَكُن مَّعَ الْكَافِرِينَHud[42](Mereka semua naik) dan bahtera itupun bergerak laju membawa mereka dalam ombak yang seperti gunung-ganang, dan (sebelum itu) Nabi Nuh memanggil anaknya, yang sedang berada di tempat yang terpisah daripadanya: “Wahai anakku, naiklah bersama-sama kami, dan janganlah engkau tinggal dengan orang-orang yang kafir”. Bergenang air mata tatkala menyelami perasaan Nuh ‘alaihis Salam. Lihat kecamuk dan gelora jiwa seorang ayah melihat anak tenggelam di depan mata. Lebih perit lagi, kerana dia tahu, itulah perpisahan akhir dia dan anaknya. Mana bisa dia melihat lagi anaknya kerana dia maklum dengan ingatan Tuhan. Hanya yang beriman akan selamat. Yang inkar akan tenggelam. Itulah pemisah antara dia dan anaknya. Kufur. Hubungan nasab sudah...
BACA SELENGKAPNYA - Wahai Anak, Kembalilah
2

'Uruf atau Syariah?

Masih kekal ingatan Us. Nasir waktu saya di SMAKJ;” kalau kamu jadi ibu bapa, ingat, anak-anak bukan milik kamu. Ia pinjaman. Justeru jangan terlalu kecewa, bersedih, makan hati bila anak-anak tak balik raya. Mereka ada kehidupan sendiri yang kita kena cuba untuk faham.” Mungkin ramai yang membantah. Fahami betul-betul, ayat ini bukan bercakap soal tanggungjawab anak-anak, itu tak dinafikan, mereka perlu bertanggungjawab, mereka perlu sedar dan tahu. Pesan itu berkisar soal bagaimana seharusnya ibu bapa melihat anak-anak supaya kekecewaan mereka tidak akan menyakitkan mereka, tidak akan menyebabkan mereka terlepas kata mendoakan anak-anak pada perkara yang kurang baik untuknya. Saya belum menjadi ibu. Justeru, seperti tidak adil untuk saya bercakap kerana seperti kata orang, kau tak tahu perasaan jadi mak bapak. Kalau kau tahu, kau pasti akan buat perkara yang sama. Itu satu isu. Tapi saya...
BACA SELENGKAPNYA - 'Uruf atau Syariah?
Back to Top