Saya sukakan wajah-wajah itu. Wajah-wajah yang dahagakan ilmu, wajah-wajah yang mendengar saya dengan penuh minat. Wajah-wajah yang menanti saya setiap selesai kelas dengan pelbagai soalan dari soal hukum sampai konspirasi dunia. Biarpun pelajar saya pelbagai karenahnya, pelbagai wajahnya, dari yang menunjuk mata kuyu atau terus melayan mengantuk atau yang ‘mengajar’ sama waktu mengajar, cukuplah beberapa orang mengubati penat dan marah saya pada yang lain.
Menjadi ustazah, anda harus jadi semua. Walaupun anda dalam bidang Quran, anda kena mahir bidang fiqh, kena tahu bidang muamalah, kena tahu bidang stategik dan politik dunia, kena mahir bidang perhubungan awam, kena jadi doctor, kena semua. Kerana ustaz ustazah adalah seperti kaunter pertanyaan, dihumbankan segala soalan kepada mereka tanpa mengira bidang pengkhususan mereka. Sedang doctor sendiri dihormati mengikut pengkhususan, ditanya mengikut organ badang yang dia pakar tetapi ustaz ustazah harus tahu menjawab semua. Kalau tak tahu itu belum layak jadi ustaz ustazah.
Saya ingat, Tok Mod (Prof Mahmud Zuhdi) sangat lantang dlm soal pengkhususan ini dan mengingatkan orang agama supaya berhati-hati member. Jangan kerana kita ustaz ustazah, maka kita terima semua tajuk yang diminta kita sampaikan. Salah. Salah hukumnya bercakap pada bidang yang kita tidak tahu. Tapi setengah orang membantah kerana pada mereka , mereka belajar semua. Tapi pada Tok Mod, ia salah. Ini yang menjadikan orang memandang lekeh kepada ustaz ustazah kerana bercakap asal boleh. Kadang-kadang menjadi boros mengeluarkan hukum.
Saya sangat bersetuju dengan pandangan Tok Mod. Saya akui itu. Saya dalam bidang Quran, saya tidak belajar mendalam bidang fiqh. Tahu yang asas dan sedikit tentang perselisihan ulama’ itu ya, tapi untuk pergi jauh bercakap dalam bidang itu, saya harus terus belajar. Peluang mengajar adalah peluang untuk terus belajar. Saya harus lebih rajin mencari jawapan biarpun di luar bidang saya. Murid saya mahu tahu. Saya mungkin tidak mampu untuk memberi tahu, tapi saya harus melorongkan jalan supaya mereka mampu untuk menjadi tahu.
Pada saya, ilmu ini ada kuncinya. Justeru, kalau berjumpa kunci pintu ke khazanah ilmu maka,seseorang itu akan terus terdorong untuk belajar dan belajar. Kadang-kadang kita harus mengembara jauh untuk mencari kunci atau mengetahui tempat tersembunyinya kunci yang sebenarnya ada di depan mata. Saya kira, masalah kebanyakkan kita adalah kita tidak sampai kepada tahap berdikari dalam mencari ilmu. Guru saya, Us Anuar Ridwan pernah menyebut ini. Zaman universiti adalah zaman belajar dan menyediakan diri untuk jadi ‘berdikari’ dalam menuntut ilmu. Belajar memang perlu berguru. Tapi sifat berdikari dlam mencari ilmu itu yang akan menyebabkan kita mencari buku dan mencari guru bukan menunggu guru datang kepada kita atau buku disuguhkan kepada kita baru kita mahu mencari ilmu.
Selamat datang untuk diri ke dunia yang saya nantikan selama ini. Saya menjadi budak kecil, budak baru dalam dunia yang panjang likunya. Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong tunjukkan. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.

4 Komentar:
Bestla baca topik ni Sit. Usah berhenti menuntut ilmu kerana itulah tuntutan. Tp lagi kagum sbb Sit ingat kata2 Tok Mud. Sy attend klas die utk 2 subject pun tak ingat langsung ape Tok Mud ckp huhu..
~Aziah Aziz~
Huhu. sy suka igt bbrapa kata2 "hikmah" Tok Mod. Ucapan ms 1st kt smpi KL(kat DK tmpt sllu kt bljr TITAS) pun sy dok ingt smpi skrg. antaranya " bercerailah sebelum berkahwin, putus cintalah sebelum bertunang". dalam maksud dia.Selain tu, pepatah arab yg sy sllu pgg, المعاملة لمثله. Tok Mod byk bercerita tntg kematangan dlm menghadapi ssuatu.Bgmn utk bagi buah kpd org yg baling batu pd kita.
bagus k.maryam.... berkobar2 sy bc artikel akak... troskan berkarya!! ~huda al-amin~
Salam bonda, kita mengalami pengalamn yang sama. Ummu rindu nak duduk dengan bonda bercakap dan berkongsi banyak cerita:)
Post a Comment