Dengan Bismillah
Musafir. Apabila membicarakan tentang safar atau punperjalanan, Islam tidak membincangkannya semata-mata dengan bahasa ria yangbiasa tergambar daripada perkataan melancong. Permusafiran dengan pelbagai tujuannya samada untuk menziarahi kota-kotasuci Islam atau tempat tinggalan sejarah, menziarahi kaum keluarga, menuntut ilmu, mencari rezeki yang halal,membuat kebajikan, jihad fi sabilillah dan sebagainya adalah digalakkan selagi tidak melakukan perkara yang dilarang oleh Allah. Tuntutan musafir akhirnya adalahagar manusia mengenal Tuhan dan menambah keimanan terhadap-Nya. Berulang kaliAllah menyebut di dalam Al-Quran agar musafir itu digunakan untuk mengkoreksidiri dengan melihat kesan-kesan tinggalan umat terdahulu supaya manusiaberfikir dan mengambil iktibar.
قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِكُمْ سُنَنٌ فَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ
Sesungguhnyatelah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan)peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi,kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan(Rasul-rasul). (Ali Imran : 137)
أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَا أَوْ آَذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَكِنْ تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ
Bukankahada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesanyang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati, yang dengannya merekadapat memahami, atau ada telinga, yang dengannya mereka dapat mendengar?(tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yangsebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hatiyang ada di dalam dada. (al-Hajj:46)
Musafir juga mengenalkan kita dengan ‘wajah’ sebenar teman permusafiran keranamusafir menuntut sabar yang bukan sedikit dalam berdepan dengn suasana baru,cabaran-cabaran yang tidak pernah dihadapi atau tidak sama dengan apa yangdilalui di tempat sendiri. Maka, kalau tidak disusuli khilaf-khilaf kecilsahabat permusafiran dengan berlapang dada dan saling memaafkan, mungkinkesilapan kecil itu itu akan mencalar kemanisan sebuah kembara hidup.
Nota 1
Sebelumberkahwin, ramai yang bertanya, adakah saya pernah berhubung dengan bakalkeluarga mertua. Saya menggeleng. Saya tidak punya kesempatan itu. Faktorbahasa adalah yang utama. Saya serahkan kepada Allah segalanya. Saya menerimaperibadi bakal suami saya seadanya dansaya berdoa moga-moga keluarga mertua juga sebaiknya dan dapat menerima sayadengan baik. Selepas setahun berkahwin, barulah saya dan suami berpeluangpulang ke kampung halaman beliau di Tingir, Ourzazate, Maghribi. Ramai yangbertanya apa perasaan saya mahu berjumpa dengan bakal mertua. Saya hanya ketawakecil. Kesibukan bekerja sebelum berangkat menyebabkan saya tidak sempatberfikir soal itu. Saya cuma berdoa agar segalanya baik, memegang kata suamikepada saya; orang-orang di sana pasti sukakan awak.
Terima kasih kepada ayahdan emak saya yang banyak menyumbang kepada permusafiran ini serta selalubersangka baik dengan perkahwinan kami. Memang bukan senang merealisasikanfirman Tuhan yang menyebut bahawa Dia menjadikan manusia itu berbangsa-bangsaagar saling berkenalan. Hakikatnya, perkenalan antara dua bangsa yang berbezamenuntut kesabaran, saling faham memahami dan tolak ansur yang bukan sedikit.Banyak sudut pandang yang berbeza perlu diharmonikan. Tidaklah bermakna, salahseorang perlu mengalah dengan cara berfikir pihak yang satu lagi. Tetapicukuplah kalau kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju. (Agree to disagree).Noktah, tanpa perlu memanjangkan pertikaman lidah dan mempertahankan egomasing-masing. Tapi kerana saya perempuan, selalu salah mendefinisikan bahasaseorang lelaki. Selalu membawa emosi memahami bilah-bilah kata suami. Mujursuami sabar dan sedikit-sedikit belajar bahawa isterinya seorang perempuan,dari planet Zuhrah :).
Tidak ada penerbangan terus ke Maghribi. Kami memilih untuk menaiki Egypt Air atas faktor berat barangan yang dibenarkan adalah 46kg seorang iaitu dua beg yang masing-masing tidak melebihi 23kg. Cukup untuk saya dan suami membawa barangan yang berat terutamanya buku-buku dan Tagine. Ada dua transit. Sekali di Thailand dan kemudiannya di Kaherah.
God, take me home. And let my home be everywhere
God, take me home. And let my home be everywhere.
2 Komentar:
aik??mana lagi?dok2 syok2 baca tb2 termati kalimah...haishh x sabar nk tggu.tapi kalo dgr yg live pasti lg mengujakan...
Salam kak.. Sambung lagi cerita. Nak sangat jumpa akak dengar sendiri cerita kembara. Teruja~!
Post a Comment