2

Ziarah Maghribi 2

DUGAAN PERTAMA
Kami tiba di Lapangan TerbangSultan Mohamed Khamis, Magribi pada jam 2.00 petang (10.50 malam waktuMalaysia). Kapal terbang mendarat kemas. Sebahagian penumpang bertepuk tangan,membenarkan kata-kata orang yang saya baca di internet tentang pendaratan EgyptAir yang selalu kemas. Suami tersenyumlebar menghirup udara tanah kelahirannya yang sudah ditinggalkan lebih tiga tahun.

Casablanca yang padat daripada atas
Memang sukar menjangka apa yangboleh berlaku di lapangan terbang. Setiap negara punya peraturan dan karenahbirokrasi tersendiri. KLIA sebagai contoh, sangat ketat dalam hal berat barangyang dibawa serta larangan membawa cecair walaupun air mineral ke dalampesawat. Sebagai contoh, walaupun berat keseluruhan yang dibenarkan bagiseorang penumbang adalah 46kg, namun setiap beg tidak boleh melebihi 23kg bagiEgypt Air. Justeru, terpaksalah kamimembuka beg di hadapan kaunter pendaftaran dan membahagi-bahagikan muatannyasehingga menepati berat yang dibenarkan. Berbeza dengan Lapangan Terbang Magribi, pegawai pemeriksasedikit bertolak ansur sekiranya mana-mana beg terlebih satu dua kilogramasalkan keseluruhan berat tidak melebihi 46kg. Mereka juga tidak kisahsekiranya kita membawa air minuman ke dalam pesawat. Apa yang baiknya di KLIA,sekiranya tiada barang untuk diisytiharkan, kita boleh terus keluar melaluiLorong Hijau tanpa melalui pemeriksaan berkomputer. Di Mesir dan Magribi, kami melalui dua pemeriksaan dan yang palingmenaikkan darah saya adalah sikap pegawai-pegawai yang sentiasa mencarikesempatan untuk meminta duit kopi. Ada sahaja kesalahan yang akan dibesarkan.Biasanya mereka akan meminta passport supaya dengan itu, penumpang bolehmemasukkan duit ke dalam passport tanpa dilihat.
Tempat kami disoal-siasat


Begitulah, apabila suami sayatidak mengendahkan permintaan seorang pegawai yang meminta, akhirnya beg kamidiselongkar dan mereka menjumpai sebuah kotak kecil berisi manik-manik pakaian didalam beg milik kawan suami saya yang kami bawa bersama.
Ada lebih kurang limapuluh peket sampul kertas kecil berisi manik. Pada saya, manik-manik pakaian bukanlahsesuatu yang perlu diisytiharkan seperti senjata api kerana walaupun ia kelihatanbanyak namun manik-manik itu mungkin hanya cukup untuk dua tiga helai bajusahaja. Tapi kerana ia tersusun cantikdi dalam kotak, ia menimbulkan keraguan dan menjadi sebab penahanan kami. Carapegawai tersebut melayan orang tempatan sangat berbeza dengan dengan caramereka melayan orang luar. Pelancong Eropah yang membawa senjata api dilayanbaik, tanpa meninggi suara. Tapi suami saya dengan ‘kesalahan’ yang bukankesalahan itu lain pula dilayannya. Saya bertanya, atas sebab apa barangan ini tidak dibenarkan.jawapannya: Hakaza...(terjemahan yang sesuai pada saya: memang macama ni). Hakaza? Saya menahan sabar. Inilah dugaanperjalanan. Tergendala di situ,melewatkan perjalanan. Kami dibenarkan keluar selepas membayar hampir RM700.Hati saya meronta geram. Di sini, peraturan milik mereka yang berkuasa.


Nota: Sesama kawan harus memahami, ada kekangan-kekangan tertentu yang perlu diambil kira sekiranya anda berhajat mengirim bagasi atau sebagainya melalui kawan-kawan yang berpergian.Jelaskan dan 'declare' semua barang anda kepada si pembawa dan elakkan barangan yang mudah diragui. Kalau anda tanya saya. saya serik. Bukan tidak mahu menolong kawan-kawan tetapi masalah yang akan dihadapi di luar jangkaan dan jumlah yang perlu dibayar juga bukan sedikit.

CASABLANCA @ دار البيضاء
Masjid Hasan Thani
Kemudian, kami mengambil keretapike pusat bandar, Casablanca atau nama Arabnya, Dar al-Baido’. Dari situ, kami kestesen bas CTM untuk ke bandar Ourzazate, negeri di mana terletaknya kampungsuami saya. Tiket jam 8 telah habis menyebabkan kami harus menunggu hingga jam11malam. Saya mahu bersolat, tetapi tempat solat sangat kecil dan tidakdisediakan ruang untuk wanita. Saya menunggu moga-moga jemaah lelaki akanberkurangan agar saya boleh masuk untuk solat. Suami menyedari ketidakselesaansaya. Justeru, beliau mengajak saya ke Masjid Hasan Thani untuk solat tambahanpula kami masih punya banyak masa sementara menunggu jam 11. Kami mengambilteksi ke masjid. Masjid Hasan Thani kelihatan sangat cantik pada waktu malamdisimbahi cahaya lampu. Ombak laut jelas kedengaran dan angin bertiup keras.Masjid ini bersebelahan laut. Masuk ke dalam masjid, saya menjadi sangat taajubdengan kecantikan senibinanya. Hati tenang bersinggah di rumah Allah. Ya Allah,mudahkanlah urusan kami.


Harira-bubur Magribi, makanan pertama masuk ke perut kami
di sini.
Dari masjid, teksi yang mebawakami kembali ke stesen bas berhenti di tepi jalan sedikit jauh dari stesen.Pengemis-pengemis kecil mendatangi kami. Kami tidak punya duit kecil keranasudah diberi kepada peminta sedekah dalam perjalanan kami ke masjid. Di sinisama sahaja di mana-mana, sekali kita memberi, ramai lagi yang akan datangmengekori, merayu malah seperti memaksa. Saya lihat di kalangan peminta sedekahyang berkeliaran di situ adalah perempuan-perempuan yang mengendong anak kecil di belakang. Cuacasejuk begini, aduh, saya sangat kasihan. Kata suami, kemungkinan mereka adalahmereka yang sudah bercerai. Kata suami, kadar perceraian di Magribi juga agaktinggi. Kenyataan itu dikuatkan lagi dengan kenyataan orang-orang yang sayajumpa dan daripada kata-kata pakar keluarga yang saya dengar di tv. Mengapa?Malaysia juga sedang menghadapi masalah yang sama.

Saya titipkan kali ini bingkisandari buku Hakaza ‘Allamatni al Hayat’ tulisan Dr Mustafa Siba’i, hadiahdaripada suami waktu bertunang dulu.

Bicara bersama ‘Kebahagiaan’

حوار مع السعادة

قيل للسعادة: أين تسكنين؟
Ditanya kepada kebahagiaan: Di mana engkau tinggal?
قالت: في قلوب الراضين.
Katanya, dalam hati mereka yang redha
قيل: فبم تتغذين ؟
Dari mana engkau mendapat makanan?
قالت: من قوة إيمانهم .
Dari kekuatan iman mereka
قيل: فبم تدومين ؟
Apa yang membuatkan engkau kekal bersama mereka?
قالت: بحسن تدبيرهم .
Dengan keelokkan urusan mereka
قيل: فبم تستجلبين ؟
Apa yang menarik engkau padanya?
قالت: أن تعلم النفس انه لن يصيبها إلى ما كتبالله لها.
Sekiranya seseorang itu tahu bahawa tidak ada sesuatu yangmenimpanya melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah
قيل:فبم ترحلين ؟
Apa yang menyebabkan engkau pergi?
قالت:بالطمع بعد القناعة ، وبالحرص بعد السماحة، وبالهم بعد السرور، وبالشك بعد اليقين
Aku pergi bila bergantinyaperasaan tamak daripada sifat berpada-pada, sikap kedekut daripada pemurah,perasaan sedih daripada gembira dan rasa syak daripada yakin.


Saya tertidur keletihan dalam perjalanan. Hati kecil mengatakan saya kurang selesa dengan hiruk-pikuk Casablanca. Moga saya akan jatuh cinta dengan kampung halaman suami saya.


2 Komentar:

ummu busyra said...

:rainbow Alhamdulillah 'ala kulli hal..syukran ya ukhti 'ala tasji'i iman.. fi amaniLLAh ainama kunti.. wsslm (bahiyah)

ummu busyra said...

syukran ya ukhtie, mohon share ya.. wsslm, slamt bercuti! :)

Post a Comment

Back to Top