Ait Ijjou dari atas |
3 Febuari 2012
Kami sampai di Ouarzazate (baca:Warzazat) lebih kurang jam lapan pagi. Matahari bersinar terang. Cuaca sejuk menggigit ke tulang. Jalan masih lengang. Hati saya mengatakan, saya sukakan tempat ini. Bersih. Ouarzazate terkenal sebagai bandar perfileman di mana terdapat kawasan khas untuk penggambaran filem-filem sejarah. Dari situ, kami mengambil bas untuk ke Tingir. Perjalanan mengambil masa lebih dua jam melalui beberapa daerah seperti Qal’ah; bandar pengeluar barang-barang berasaskan bunga Mawar, Boumalne dan lain-lain. Uniknya, hampir semua bangunan samada rumah atau bangunan lain dicat dengan warna tanah. Kami sampai di Bandar Tingir disambut oleh suami kakak ipar saya dananaknya. Dari situ, kami menaiki teksi milik beliau ke rumah mertua di AitIjjou lebih kurang sepuluh minit dari bandar.
Saya disambut oleh ibu mertua, kakak ipar dan anak-anak saudara. Kakak ipar saya memeluk saya lama-lama dan erat sekali sehingga saya menjangka beliau adalah ibu mertua saya. Waktu melangkah ke ruang tamu, saya diselubungi rasa kagum. Ruang luas dengan marmar kebanggaan Maghribi juga sofa Maghribi memberi nuansa mewah kepada ruang tamu tersebut. Masyarakat Magribi memang mementingkan senibina kediaman mereka. Merekaadalah masyarakat yang mewarisi kehalusan senibina tamadun Islam Andalus terutamnya orang-orang di Tingir ini. Bahkan menurut suami, ada segelintir masyarakat disini yang kesukaannya membina rumah, satu demi satu. Atau sekiranya jiran mereka membuat tambahan pada rumah mereka, mereka juga akan menambah. Daripada tiga tingkat kepada empat. Daripada empat kepada lima. Begitulah.
Taburan penggunaan bahasa di Magribi |
Barbar dan Tamazigh
Keluarga mertua saya berbangsaBarbar seperti hampir keseluruhan penduduk Tingir. Mereka berbahasa Tamazigh / Amazighiah. Selain Arab, kaumbarbar adalah antara penduduk teramai di Magribi di mana Barbar ini terbahagilagi kepada Rifi dan Susi. Menurut sejarah, Islam datang ke Afrika pada zamanpemerintahan Muawiyah bin Abi Sufian. Pemelukan Islam oleh kaum Barbar membantukerajaan Islam Umayyah meluaskan lagi empayar Islam. Antara tokoh BarbarMagribi yang terkenal adalah Tariq bin Ziad, berasal dari Tanjah (Tangier), pembuka kota Andalus di bawah arahan Gabenor Musabin Nusair semasa pemerintahan al-Walid.
Tariq terkenal dengan semangat juang yang tinggi. Antara kisah yang selalu disebut orang adalah kisah beliau mengarahkan semua kapal yang membawa tentera Islam dibakar setelah mereka mendarat di Andalus. Lalu Zaid berkata kepada tenteranya, antaranya, “ Wahai tenteraku, ke mana kamu mahu melarikan diri? Laut di belakang kamu dan musuh di hadapan kamu. Tidak ada pilihan bagi kamu kecuali bersabar dan berjuang. Sekiranya kamu bersabar dengan kesusahan yang sedikit, maka kamu akan mengecapi kesenangan yang berpanjangan.” Itulah permulaan berkembangnya cahaya Islam di bumi Andalus yang kemudiannya mencapai zaman kegemilangan pada zaman Umayyah yang kedua yang diasakan oleh Abd Rahman Ad Dakhil dan khalifah seterusnya setelah jatuhnya pemerintahan Umayyah 1 di Damsyik. Kemudian cahaya Islam malap di Cordova, Spain sehingga hari ini. Yang tinggal adalah kesan sejarah, masjid yang telah ditukar menjadi gereja dan sekarang menjadi muzium.
Bahasa Barbar memang sangat jauh daripada bahasa Arab. Justeru, saya memang tidak memahami percakapan mereka. namun, kebiasaan saya di dapur, menolong ibu mertua membuatkan saya biasa dengan rutin mereka dan tahu apa yang dikatakan oleh ibu mertua saya. Banyak kali juga saya terus menuju ke tempat yang diarahkan kemudian mengagak-agak apa yang diperlukan oleh ibu atau bapa mertua saya. dan selalunya telahan saya betul. Hehe.
Agar tidak lupa, saya akan nukilkan sedikit di sini:
Labas: apa khabar, baik. (Selalunya mereka akan saling menyebut, Labas? Labas, Alhamdulillah).
Addud: ke mari
Shkun?: Siapa
Awid: berikan saya
Afullus: Ayam
Tafunas: lembu
Ohok: Tak mahu
Illa: Tidak
Sedap, cantik: Tihla / bizyan
Tiada: Ma
'Ammar: penuh
Dusy: Bilik air
Aman: Air
Almario: Almari
Makan: Ceh
Ugrum: Roti
Teh: Atay
Dua: jujz
Tafsil: pinggan
Tata: Ibu saudara
Barakah: Cukup. (kalau dah kenyang, tapi orang suruh tambah, sebut, Alhamdulillah, barakah. Allah yaj'al barakah)
Kali ini, saya tinggalkan anda dengan puisi oleh tokoh terkenal, Iqbal tentang Tariq bin Ziyad;
God's Country
When Tariq burned his boats on Andalusia’s coast,
His men observed, "It was an unwise thing to do.
We are so far from home; how shall we now return ?
Foregoing means is wrong in the Divine Law’s view."
He laughed and, putting his hand on his sword, declared:
"All lands are God’s and they are all our homeland too."
From: Payam-e-Mashriq (Message from the East), published in Persian, 1923.
0 Komentar:
Post a Comment