Islamic Jerusalem

Mungkin memang kebetulan, saat saya membuka IKIM.fm memang isu Palestin yang sedang hangat dibincangkan. Pertama, 230208 lalu. Muna Jasman rancak menemubual Dr Fattah al-‘Uwaisi, seorang sarjana dari Institut al-Makhtum, United Kingdom. Bicara dibuka dengan pengenalan Dr al-Uwaisi tentang dirinya, lebih khusus lagi tentang zaman kanak-kanak beliau yang menurut beliau telah mendidik dan menjadikan beliau seperti yang dikenali hari ini. Air mata saya tidak mahu berhenti mengiringi bicara beliau. Beliau mengungkapkan jutaan terima kasih pada ibubapanya yang telah mengajar erti hidup pada beliau. Hidup di khemah pelarian, sebagai manusia yang dinafikan hak menghirup udara segar, berlari berkejaran bersama rakan-rakan sepermainan di tanahair sendiri. Segalanya bersukat. Air, makanan juga kawasan yang terhad. Saya tidak mampu membayangkan itu. Kalau saya seorang ibu, mampukah saya bangun dari...
BACA SELENGKAPNYA - Islamic Jerusalem
0

Teater Musikal Islam - Sirah Junjungan

Sempena Maulidur RasulSangat teringin saya mahu melihat buah tangan Erma Fatima- teater musical Islam pertama. Menarik apabila beliau mengulas, ini adalah teater Islam yang pertama sedangkan kita adalah sebuah Negara Islam. Pertamanya, saya melihat usaha ini selain sebagai salah satu santapan jiwa ia juga medium tidak langsung untuk berkongsi intipati Islam melalui pembacan skrip, pembawaan dan penghayatan watak kepada warga dunia seni tanahair. Mungkin terlalu dangkal komentar ini. Tapi saya melihat sekiranya lebih banyak naskah seperti ini juga skrip-skrip berunsur Islam yang tidak terlalu ‘menghukum’ dapat diketengahkan dan beredar di dalam dunia seni tidak mustahil warga seni kita akan terbiasa, terdidik dan kita berpeluang akhirnya melihat karya hebat mirip filem-filem Iran yang tidak perlu dipertikai. Apapun semuanya memerlukan permulaan. Dan saya harus mengucapkan tahniah kepada mereka...
BACA SELENGKAPNYA - Teater Musikal Islam - Sirah Junjungan
0

Jalan Juang yang Berliku (2)

Saya jadi terharu. Tambah semangat bila teringat pepatah “When you stop reading, you stop leading.” Kitalah umat yang tertinggal kesan kecuaian kita dengan ilmu. Saya dan anda semua pasti mahu melihat keadilan Islam memakmurkan seluruh muka bumi. Pilihanraya Malaysia yang ke 12 bakal menjelma. Jadilah warganegara yang bertanggungjawab. Kalau anda seorang Muslim, pasti anda telah belajar dan tahu ciri-ciri pemimpin yang baik. Tidak kiralah calon itu Muslim atau tidak, dia mesti mempunyai ciri-ciri lengkap seorang pemimpin. Berjiwa besar, punya wawasan kepimpinan yang jelas serta mampu memaju kemajuan pembangunan fizikal, intelektual dan rohani. Tolonglah…kita perlukan keseimbangan. Tidak cukup arkitek yang mampu melakar peta pembangunan, bangunan tertinggi, tercanggih dunia dan segala ‘ter’ lagi, kita perlukan arkitek untuk ummah ini, untuk masyarakat yang mendewakan kemajukan fizikal lantas...
BACA SELENGKAPNYA - Jalan Juang yang Berliku (2)
0

Jalan Juang yang Berliku (1)

The world is supported by four things: the learning of the wise, justice of the great, the prayer of the righteous and valor of the brave. Uni of Cordova under the Umayyad ruler.Bismillah. Lama sungguh saya tidak memperbaharui catatan kesan memberikan sepenuh tumpuan saya kepada penyediaan research proposal. Konstrin utama saya adalah bahasa. Memilih untuk menulis dalam Bahasa Inggeris berbanding Arab benar-benar menuntut kerja keras yang bukan sedikit dalam keadaan saya lebih cenderung membiasakan diri berfikir dan bercakap dalam bahasa Arab tiga tahun kebelakangan ini. Dr Thameem, pensyarah kelas Research Methodology berjaya mengubah fikiran saya. Untuk siapa kajian anda? Jika hanya untuk masyarakat universiti dan mereka yang memahami bahasa Arab, teruskan. Tapi kalau mahu manfaatnya lebih kepada masyarakat Malaysia, berusahalah menulis dalam b.Inggeris walaupun anda terpaksa bersusahpayah...
BACA SELENGKAPNYA - Jalan Juang yang Berliku (1)
Back to Top