0

Teater Musikal Islam - Sirah Junjungan

Sempena Maulidur Rasul

Sangat teringin saya mahu melihat buah tangan Erma Fatima- teater musical Islam pertama. Menarik apabila beliau mengulas, ini adalah teater Islam yang pertama sedangkan kita adalah sebuah Negara Islam.
Pertamanya, saya melihat usaha ini selain sebagai salah satu santapan jiwa ia juga medium tidak langsung untuk berkongsi intipati Islam melalui pembacan skrip, pembawaan dan penghayatan watak kepada warga dunia seni tanahair. Mungkin terlalu dangkal komentar ini. Tapi saya melihat sekiranya lebih banyak naskah seperti ini juga skrip-skrip berunsur Islam yang tidak terlalu ‘menghukum’ dapat diketengahkan dan beredar di dalam dunia seni tidak mustahil warga seni kita akan terbiasa, terdidik dan kita berpeluang akhirnya melihat karya hebat mirip filem-filem Iran yang tidak perlu dipertikai. Apapun semuanya memerlukan permulaan. Dan saya harus mengucapkan tahniah kepada mereka yang punya inisiatif untuk mengembangkan lagi dunia seni Islam. Memang kita akan mendengar kekurangan teater ini dan mungkin turut sama mengkritikya kemudiannya namun kita juga tidak punya kemampuan mebangun sebuah karya seni. Justeru, apalah kiranya memberi ruang kepada mereka mencuba dan kita cuba memberi buah fikir untuk memperbaikinya pada masa akan datang.

Sebenarnya kalau kita menyusuri perkembangan kelab-kelab seni di kebanyakkan sekolah menengah agama, ramai sebenarnya yang berbakat dalam menulis skrip dan ramai juga aktor dan aktres yang kadang-kadang lebih bagus daripada sesetengah pelakon glamer sedia ada. Cumanya, untuk mereka mengembangkan bakat dan terjun ke dunia seni bukanlah pilihan utama mereka lebih-lebih lagi pembawa aspirasi Islam ini tidak ramai. Takut yang sedikit ingin akan terpalit dan akhirnya larut dalam adunan yang resepinya memang pasti bukan milik Muslim. Kalau ada yang berani..silakan tapi pastikan pasak iman dalam diri cukup kuat dan ampuh buat menghadapi cabaran yang tak tergambar nanti.


Istana Budaya
19-23 Mac 2008
RM50, 100, 150. Beli di Istana Budaya.

0 Komentar:

Post a Comment

Back to Top