2

The Freedom Writers

Berapa yang harus anda bayar untuk berasa dikasihi? Berasa dihargai, berasa terhormat dan berasa punya harga diri? Terkadang kasih sayang itu terlalu mahal sehingga kita terpaksa membayar dengan apa harga sekalipun sehingga dengan nyawa. Benarkah? Saya belajar, untuk menerima, kita harus memberi. Tapi itu terkadang sukar amat untuk dilakukan. Saya akur, saya pernah terlalu kedekut dengan anugerah rahmah dan kasih-Nya sehingga saya tidak mahu berkongsi selain dengan keluarga sendiri. Sehinggalah saya diajar dan dididik menghargai orang lain atas rasa ukhuwah, cinta sesama saudara bukan kerana ia semata tanggungjawab; kerana saya ketua, dewasa, yang tua, maka saya harus merai mereka di bawah tanggungjawab saya. Itu saya belajar waktu di hujung tingkatan empat, waktu dihantar berkampung menghabiskan hampir setiap malam di tengah hutan gelap, menyerah segala pada Tuhan pemilik alam, belajar...
BACA SELENGKAPNYA - The Freedom Writers
2

Home Sweet Home

Asyik ya Kak, cuti? Oh, tentu. Pulang ke pangkuan keluarga memang sesuatu yang membahagiakan walau saya membawa sedikit resah hati . Risaukan tajuk disertasi yang entah diterima atau tidak dalam mesyuarat lajnah minggu depan juga bimbangkan keputusan peperiksaan. Kata Dr Sohirin, guru Manahij Mufassirin saya waktu saya mengadu perihal kebimbangan saya pada subjek itu, syafaat itu hanya di akhirat, Maryam. Doa sahajalah. Moga ada rahmat Allah untuk awak. Berdoalah.Lambat-lambat saya keluar, sedar… yang saya harus reda menerima apa sahaja keputusannya nanti. Ini bukan adobe photoshop, words; kesalahan dimaafkan. Undo sahaja. Ya, berdoa, berdoa juga.Saya harus bersedia secara mentalnya. Ini satu kelemahan saya. Kegagalan adalah musuh terbesar seorang yang punya minda perfectionist. Saya ingat bagaimana saya berkurung hampir dua minggu waktu di UM dahulu menerima kegagalan saya dalam satu subjek....
BACA SELENGKAPNYA - Home Sweet Home
0

Berikan Setitis Kasih-Mu

Alhamdulillah, syukur kepada Tuhan yang hari demi hari memberi peluang kepada saya melihat dan memahami hidup. Sudahkah anda mengucapkan syukur hari ini? Sudah baca doa bangun tidur? Aduuh, ini soalan untuk anak kecil. Kenapa? Yang dewasa ini tidak terlupakah membaca doa?Syukur. Syaidina Umar mempunyai satu kebiasaan. Beliau suka bertanyakan khabar rakyatnya. Apa khabar anda pagi ini? Baik, jawab seorang lelaki. Beliau mengulang pertanyaannya, apa khabar awak pagi ini? Baik. Diulang lagi soalan yang sama, apa khabar awak pagi ini? Baik, Alhamdulillah. Ha, itu yang aku nak dengar, kata Syaidina Umar. Aku bertanya khabarmu supaya aku boleh mendengar puji dan syukur itu dari dirimu.Ahh, lihat bagaimana seorang pemimpin mendidik rakyatnya tentang syukur.Saya semakin jatuh cinta dengan Umar. Dan sepulangnya saya dari Rumah Sinar Salam menemankan sahabat saya Ustazah Huda, waktu mengulit buku...
BACA SELENGKAPNYA - Berikan Setitis Kasih-Mu
6

Tentang Saya...?

Directions: Once you’ve been tagged, you have to write a blog with 16 random things, facts, habits or goals about you. At the end choose 16 people to be tagged, listing their names and why you chose them. Don’t forget to leave them a comment or tag them in your note to read this] Beberapa orang telah men’tag’ saya. Tah hapa-hapalah (baca ikut cr Mastura) kan tag ni. Tapi macam best pula.Jadi, saya akan menunaikan janji untuk menulisnya kerana saya sudah pulang dari medan juang dengan tangisan. Waaaa..tolong doakan saya, tolooong. Tapi maaflah, terpanjang pula tag ni. 1- Saya, Siti Maryam Hasni. Orang panggil Sit, Maryam, Kak Uda (di rumah dan di kampung), Siti dan Bonda. Bagi yang tak kenal saya mesti pelik kenapa orang panggil saya Bonda. Sudah tuakah saya? Bonda- adalah panggilan utk saya waktu berada dalam PMIUM. Honestly, saya segan dengan gelaran itu kerana saya tidak berbuat selayaknya...
BACA SELENGKAPNYA - Tentang Saya...?
4

Dekati Al-Quran

Lamanya tak menulis di sini. Maaf, saya sedang berada di medan jihad. Sedang bergelut dengan buku dan kertas. Tak seronok pula rasanya tidak menyediakan hidangan baru untuk tetamu yang datang bertandang ke teratak saya. Saya kongsikan dulu artikel tulisan saya yang tersiar dalam ANIS- Febuari untuk manfaat bersama. Habis exam nanti, saya ulas lagi tentang ini dan saya berminat untuk mengetahui komentar orang lain tentang isu yang saya kongsikan. Tajuk: Dekati Al QuranPasti kehadiran tahun baru 1430 Hijrah dan 2009 telah disambut oleh para remaja sekalian dengan penuh azam membara. Pasti segala aspek dititikberatkan dengan mengambil kira kekurangan dan kesilapan tahun lalu juga kecemerlangan yang dicapai. Harapnya, salah satu dari azam-azam kita itu adalah untuk memperbaiki hubungan kita dengan Dia-Kekasih.Apa pun, eloklah dalam bulan-bulan awal ini kita meneliti kembali azam kita. Adakah...
BACA SELENGKAPNYA - Dekati Al-Quran
Back to Top