6

Hari Tua

Hari ini saya benar-benar berasa diri sudah tua. Selama ini saya masih berasa muda. Bila melihat anak-anak kawan, saya akan sebut, cepatnya awak besar tanpa berasa saya juga sudah bertambah usia. Selalu saya berasa muda. Lagi-lagi selalu ketemu kawan sekolah rendah di FB. Masih terasa mengayuh basikal beramai-ramai ke kedai lepas kelas tambahan hujung minggu. Ada grup sekolah menengah. Throwback nya akan membuatkan saya berasa sepoi angin Bukit Mahkota, bau nyaman selepas hujan. Saya sangat sukakan hujan waktu sekolah menengah. Itu waktu membaca yang paling ideal. Duduk di hujung tangga, menghabiskan buku Geografi. Geografi, subjek kegemaran saya. Kecintaan saya ialah melihat peta dunia dan merasanya dengan tangan. Nenek saya selalu sebut, kau ni nanti jalan jauh. Makbul doa itu. Dan saya masih ingin berjalan jauh… Ada grup rakan sekampus...
BACA SELENGKAPNYA - Hari Tua
3

Ziarah Maghribi 5

  5 Febuari 2012                                   Al-Bahaim / Haiwan Ternakan Cuaca hari ini sangat sejuk.  Saya memulakan hari dengan mengikut ibu mertua ke kandang ternakan.  Kandang itu jika dilihat dari luar seperti rumah biasa. Keadaan di dalam agak gelap. Di tingkat bawah tiada cahaya. Di situ terdapat seekor lembu hitam besar beserta anaknya. Ummi melepaskan  anak lembu yang terikat kakinya. Segera anak lembu itu berlari menuju ibunya dan menyusu.  Menurut suami saya, sebelum susu diperah, anak lembu mesti menyusu dahulu. Sebentar sahaja. Kemudian, Ummi memisahkan anak lembu itu dan beliau mula memerah susu lembu. Tidak lama, lebih kurang 5-7 minit sahaja untuk mendapatkan sebekas kecil susu segar . Kemudian anak...
BACA SELENGKAPNYA - Ziarah Maghribi 5
2

Ziarah Maghribi 4

Du'a: Cucu saudara saya 4 February 2012 Susu Lembu, Minyak Zaitun dan Zubdah Cuaca sangat baik pada hari kedua saya di rumah mertua. Sejuk tetapi matahari memancar sedikit terik. Saya duduk di bumbung yang terbuka memanaskan badan. Cuaca malam tadi sangat sejuk tetapi saya tidur dengan lena berbungkuskan dua helai selimut tebal. Ibu mertua saya, awal-awal telah keluar selepas Subuh memerah susu lembu di kandang ternakan mereka. Beliau balik dengan sebaldi susu segar. Tanpa bau. Beliau memanaskan susu tersebut dalam sebuah periuk kecil dan memanaskan air yang dicampur serbuk kopi dalam teko khas kopi. Setelah susu mendidih, susu itu dimasukkan ke dalam termos panas. Kopi yang telah mendidih kemudiannya dicampur ke dalam termos tadi. dan dihidangkan bersama gula. Setiap orang memasukkan gula mengikut selera masing-masing....
BACA SELENGKAPNYA - Ziarah Maghribi 4
0

OUARZAZATE @ ورزازات

Ait Ijjou dari atas3 Febuari 2012Kami sampai di Ouarzazate (baca:Warzazat) lebih kurang jam lapan pagi. Matahari bersinar terang. Cuaca sejuk menggigit ke tulang. Jalan masih lengang. Hati saya mengatakan, saya sukakan tempat ini. Bersih. Ouarzazate terkenal sebagai bandar perfileman di mana terdapat kawasan khas untuk penggambaran filem-filem sejarah. Dari situ, kami mengambil bas untuk ke Tingir. Perjalanan mengambil masa lebih dua jam melalui beberapa daerah seperti Qal’ah; bandar pengeluar barang-barang berasaskan bunga Mawar, Boumalne dan lain-lain. Uniknya, hampir semua bangunan samada rumah atau bangunan lain dicat dengan warna tanah. Kami sampai di Bandar Tingir disambut oleh suami kakak ipar saya dananaknya. Dari situ, kami menaiki teksi milik beliau ke rumah mertua di AitIjjou lebih kurang sepuluh minit dari bandar.Saya disambut...
BACA SELENGKAPNYA - OUARZAZATE @ ورزازات
2

Ziarah Maghribi 2

DUGAAN PERTAMAKami tiba di Lapangan TerbangSultan Mohamed Khamis, Magribi pada jam 2.00 petang (10.50 malam waktuMalaysia). Kapal terbang mendarat kemas. Sebahagian penumpang bertepuk tangan,membenarkan kata-kata orang yang saya baca di internet tentang pendaratan EgyptAir yang selalu kemas. Suami tersenyumlebar menghirup udara tanah kelahirannya yang sudah ditinggalkan lebih tiga tahun.Casablanca yang padat daripada atasMemang sukar menjangka apa yangboleh berlaku di lapangan terbang. Setiap negara punya peraturan dan karenahbirokrasi tersendiri. KLIA sebagai contoh, sangat ketat dalam hal berat barangyang dibawa serta larangan membawa cecair walaupun air mineral ke dalampesawat. Sebagai contoh, walaupun berat keseluruhan yang dibenarkan bagiseorang penumbang adalah 46kg, namun setiap beg tidak boleh melebihi 23kg bagiEgypt Air. Justeru,...
BACA SELENGKAPNYA - Ziarah Maghribi 2
2

Ziarah Maghribi

Dengan BismillahMusafir. Apabila membicarakan tentang safar atau punperjalanan, Islam tidak membincangkannya semata-mata dengan bahasa ria yangbiasa tergambar daripada perkataan melancong. Permusafiran dengan pelbagai tujuannya samada untuk menziarahi kota-kotasuci Islam atau tempat tinggalan sejarah, menziarahi kaum keluarga, menuntut ilmu, mencari rezeki yang halal,membuat kebajikan, jihad fi sabilillah dan sebagainya adalah digalakkan selagi tidak melakukan perkara yang dilarang oleh Allah. Tuntutan musafir akhirnya adalahagar manusia mengenal Tuhan dan menambah keimanan terhadap-Nya. Berulang kaliAllah menyebut di dalam Al-Quran agar musafir itu digunakan untuk mengkoreksidiri dengan melihat kesan-kesan tinggalan umat terdahulu supaya manusiaberfikir dan mengambil iktibar. قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِكُمْ سُنَنٌ فَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا...
BACA SELENGKAPNYA - Ziarah Maghribi
0

UBAT PENYAKIT HATI

Mengapa kita sering mengulang-ulang bacaan al-Fatihah dan sering juga kita menjadikannya pembuka bagi sesuatu majlis? Menurut Ibn Qayyim al Jawziyyah, Al-Fatihah merupakan syifa’, ubat dan penyembuh bagi penyakit hati. Penyakit-penyakit hati ini bertitik tolak daripada dua perkara 1)  Rosak niat – Rosak niat itu meliputi  rosak tujuan hidup dan salah cara mencapai maksud hidup.  Orang kafir, sudah pastilah tujuan hidup bukan menuju Tuhan. Begitu juga orang-orang yang mengikuti hawa nafsunya, apa yng diperbuat semuanya kerana tepuk dada tanya selera, bukan tanya iman. Juga orang-orang yang gila kuasa, pemburu tahta yang menggunakan segenap kekuasaanyya untuk mengekalkan kedudukannya atau meninggikannya dengan segala macam cara biar bertentangan dengan syariat. Mereka inilah yang memakai prinsip matlamat menghalalkan cara. Manusia apabila tidak tahu atau lupa  tujuan...
BACA SELENGKAPNYA - UBAT PENYAKIT HATI
0

Zulhijjah dan Hari Raya

Nabi s.a.w mengutus orang menyeru di Mekah pada hari raya: “Sesungguhnya ini adalah hari makan, minum dan mengingati Allah. Maka, janganlah seorang pun daripada kamu berpuasa”.Hari Raya bagi Mukmin di DuniaDisebutkan oleh Ibnu Rejab al-Hanbali di dalam bukunya Kitab Lataif al Ma’arif fima Limawasim al-‘Am min al-Wazhoif, sesungguhnya bagi orang Mukmin itu tiga hari raya di dunia dan hari raya merupakan hari bergembira . Kegembiraan Mukmin itu disebabkan mereka telah sempurna mengerjakan ketaatan kepada Allah dan beroleh ganjaran yang dijanjikan Allah. Tiga hari raya tersebut adalah:1)Hari raya yang berulang iaitu hari Jumaat- disambut meraikan kejayaan Mukmin menyempurnakan rukun Islan yang kedua sepanjang minggu. Pada hari ini, kaum Muslimin berhimpun mengingati Allah dengan solat Jumaat. Kerana ia dianggap hari raya, maka dilarang bagi seseorang itu berpuasa pada hari Jumaat tanpa menggandingkannya...
BACA SELENGKAPNYA - Zulhijjah dan Hari Raya
Back to Top