Taqabbalallah minna wa minkum. Selamat Hari Raya Eidulfitri.
Macam-macam yang berlaku hari raya ini. Sebelum dan selepas. Begitu Tuhan mendidik manusia terhadap sesuatu. Diberikan ujian untuk muhasabah bagi yang menerima musibah juga untuk manusia di sekitarnya sebagai 'ibrah.
Tak naklah cerita sedih dulu, tak seronok dengan semangat Aidilfitri. Ni gambar-gambar raya. Tahun ni beraya di Rengit. Hampir semua adik beradik ayah pulang. Nenek yang duduk di KL juga balik kampung.Hehe. Tapi lepas adik accident, raya ketiga, kami balik Melaka kampung belah emak juga.
Untuk adik-adik yang masih tak kenal dunia, belajarlah dari kesilapan. Orang Mukmin itu tidak jatuh pada lubang yang sama dua kali. Dan kesilapan terbesar adalah tidak merasa bersalah atas kesalahan yang dilakukan. Ingat, redha Allah pada redha ibubapa. Jangan mengundang murka Allah dengan marahnya ibuayah kita. Masa muda memang gembira...segalanya tampak indah dan manis. Beringatlah sebelum datang pesan kedua dari Tuhan.
Kasihnya ibu...membawa ke syurga
Kasihnya ayah sepanjanglah masa...
2 Komentar:
isy, kesiannye. mgkin dalam usia macm tu payah nak pk yag elok. tau nak enjoy je. takpe la, ini pengajran yg harus diterima. moto baru beli dah kena. nak wat cemane.
Huhu..tuan punya motor yg menulis ni pun tak mrasa naik lg waktu tu. Tp dah ok dah mtr tu. mmg, utk ssuatu pengajaran harus ada pengorbanan.Motor la jd korban..melayang jugalah 3,4 ratus utk btlkn motor jer.
Post a Comment