0

UBAT PENYAKIT HATI

Mengapa kita sering mengulang-ulang bacaan al-Fatihah dan sering juga kita menjadikannya pembuka bagi sesuatu majlis? Menurut Ibn Qayyim al Jawziyyah, Al-Fatihah merupakan syifa’, ubat dan penyembuh bagi penyakit hati. Penyakit-penyakit hati ini bertitik tolak daripada dua perkara 1)  Rosak niat – Rosak niat itu meliputi  rosak tujuan hidup dan salah cara mencapai maksud hidup.  Orang kafir, sudah pastilah tujuan hidup bukan menuju Tuhan. Begitu juga orang-orang yang mengikuti hawa nafsunya, apa yng diperbuat semuanya kerana tepuk dada tanya selera, bukan tanya iman. Juga orang-orang yang gila kuasa, pemburu tahta yang menggunakan segenap kekuasaanyya untuk mengekalkan kedudukannya atau meninggikannya dengan segala macam cara biar bertentangan dengan syariat. Mereka inilah yang memakai prinsip matlamat menghalalkan cara. Manusia apabila tidak tahu atau lupa  tujuan...
BACA SELENGKAPNYA - UBAT PENYAKIT HATI
0

Zulhijjah dan Hari Raya

Nabi s.a.w mengutus orang menyeru di Mekah pada hari raya: “Sesungguhnya ini adalah hari makan, minum dan mengingati Allah. Maka, janganlah seorang pun daripada kamu berpuasa”.Hari Raya bagi Mukmin di DuniaDisebutkan oleh Ibnu Rejab al-Hanbali di dalam bukunya Kitab Lataif al Ma’arif fima Limawasim al-‘Am min al-Wazhoif, sesungguhnya bagi orang Mukmin itu tiga hari raya di dunia dan hari raya merupakan hari bergembira . Kegembiraan Mukmin itu disebabkan mereka telah sempurna mengerjakan ketaatan kepada Allah dan beroleh ganjaran yang dijanjikan Allah. Tiga hari raya tersebut adalah:1)Hari raya yang berulang iaitu hari Jumaat- disambut meraikan kejayaan Mukmin menyempurnakan rukun Islan yang kedua sepanjang minggu. Pada hari ini, kaum Muslimin berhimpun mengingati Allah dengan solat Jumaat. Kerana ia dianggap hari raya, maka dilarang bagi seseorang itu berpuasa pada hari Jumaat tanpa menggandingkannya...
BACA SELENGKAPNYA - Zulhijjah dan Hari Raya

PEDULISME

Bercakap tentang Sejarah, ramai akan membayangkan kelas yang membosankan. Saya pernah sangat meminati Sejarah dan Geografi. Geografi terutamanya adalah subjek kegemaran saya dan saya akan berusaha untuk ‘score’ untuk tidak menghampakan guru Geografi saya waktu di tingkatan satu; Cikgu Rahayu. Saya sangat suka menghafal tempat-tempat yang tercatat di dalam buku; savanna, sahara, air terjun paling tinggi, jurang paling dalam, jadual monsun dan lainnya. Saya kira saya juga cepat (waktu itu) jika diminta memberikan grid longitude dan latitude sesuatu tempat di dunia. Atlas menjadi buku kegemaran saya seperti rancangan National Geographic. Saya lupa bila, tetapi setiap minggu kami akan ke bilik warden (kebetulan cikgu Rahayu adalah warden asrama) untuk menonton National Geographic. Sehingga sekarang saya masih sangat suka melihat peta dunia, menyentuh setiap nama negara dengan tangan sambil...
BACA SELENGKAPNYA - PEDULISME
3

Solat itu Ubat

Waktu membincangkan isu perkahwinan jarak jauh dalam tesis saya, saya masih bujang. Saya tuangkan segala fikiran juga himpunkan kisah berkaitan. Hari ini, saya ingatkan kembali diri pada kisah Hajar. Sesekali berpisah, saya sudah menangis bengkak mata. Dekat padahal. Saya bawakan kisah itu buat tatapan. Hajar, memang layak untuk dikagumi. Saat ditinggal suami di padang pasir kontang bersama anak yang masih bayi dia mengekor mengejar Ibrahim. Isteri mana yang tidak terpinga-pinga ditinggalkan begitu sahaja di tempat yang tiada tanaman, tiada kehidupan. Hanya padang pasir yang terbentang luas. “Suamiku, ke mana engkau mahu pergi meninggalkan kami di tempat yang tiada teman, tiada suatu pun”. Diulang pertanyaannya berkali-kali. Sepi. Ibrahim tidak membalas. Kerana dia wanita hebat, tidak panjang bebelnya, tidak meninggi suaranya, tidak berkata itu ini tentang hak. Dia, sekadar mahu kepastian,“...
BACA SELENGKAPNYA - Solat itu Ubat
3

Common Sense yang Hilang

Menjelang Ramadan, kepala saya berat memikirkan beberapa perkara. Bermain-main di kepala. Beberapa perbincangan serius bersama teman-teman serta beberapa pembacaan di laman maya menjadikan saya berfikir bahawa ada perkara yang memerlukan saya merancang dengan serius dan terlibat dengan lebih serius . SATU. Saya dan sahabat-sahabat banyak merungut tentang kehilangan ‘common sense’ dan adab di kalangan pelajar pengajian tinggi hari. Saya sendiri selalu memujuk diri bersabar dengan mengatakan pada diri, “mereka ini pelajar. Sebab itu perlu diajar, dididik. Memang mereka tidak tahu”. Lalu bersabarlah saya. Tetapi terlalu banyak kes yang membuatkan saya bertanya mengapa, apa sudah jadi dengan deria rasa pelajar-pelajar saya. HARI INI, ada pelajar masuk ke jabatan saya, memakai baju labuh belah tepi yang hampir mencecah ke lutut dan seluar. Baju jenis kain jarang yang menjadi trend hari ini dipakai...
BACA SELENGKAPNYA - Common Sense yang Hilang

Terbalikkan perkataan Ini: كمالك تحت كلامك

Apakah hasilnya setelah anda terbalikkan setiap perkataan? Juga untuk kalimah ini: عقرب تحت برقع. Ini sekadar contoh permainan bahasa.Bahasa Arab sangat indah. Seperti bahasa lain, bahasa menjadi lebih indah apabila anda menyelami sasteranya. Waktu mula-mula diperkenalkan dengan buku-buku adab Bahasa Arab, saya sangat teruja. Saya akan berhenti pada satu-satu halaman sambil mengulang-ulang ayat-ayat yang menarik perhatian saya. Benar-benar saya tenggelam dalam adunan bahasa indah sang penulis. Tentunya membaca buku adab berbeza dengan membaca buku bahasa Arab yang berkitar tentang fiqh, Quran atau pun subjek-subjek pengajian saya. Kecuali penulis memang bijak memilih bahasa seperti Syed Qutb, buku-buku pengajian lebih menjurus kepada istilah-istilah tertentu dalam bidang yang ditulis. Mengenali buku-buku adab, membuatkan saya lebih seronok membaca. Kemudiannya, apabila saya mula menulis...
BACA SELENGKAPNYA - Terbalikkan perkataan Ini: كمالك تحت كلامك
0

Kalau Dosa Punya Bau

Kata Prof Arif di masjid UIA, Kalaulah dosa itu punya bau, maka akan larilah orang daripada mereka yang melakukan dosa kerana bau yang tidak tertahan akannya. Setiap anak adam itu berbuat salah. Tetapi sebaik-baik orang yang berbuat dosa itu adalah orang yang bertaubat dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Orang yang bertaubat nasuha akan kembali seperti orang yang tiada dosa. Perbanyakkan ketaatan dengan melazimi yang fardu dan memperbanyakkan perkara sunat dan taubat kerana dalam al Quran ada menyebut, kebaikan itu penghapus dosa. (.هود:114 إن الحسنات يذهبن السيئات)Dalam suatu hadith riwayat termizi, Nabi juga ada menyebut, “Bertaqwalah kepada Allah di mana pun kamu berada dan gantikanlah setiap kejahatan itu dengan kebaikan kerana kebaikan akan menghapuskan dosa tersebut…” Kembalilah pada-Nya. Jangan sesekali putus asa dari Rahmat Allah.Buang BayiMenyesali kes-kes buang...
BACA SELENGKAPNYA - Kalau Dosa Punya Bau
0

Kenangan yang Mendidik

Sejujurnya, entri ini adalah entri penghormatan, terima kasih dan rasa terhutang budi kepada salah seorang guru yang banyak jasanya membentuk saya. Beliau guru saya waktu di Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang. Selain mengajar kami waktu itu, beliau juga Ketua Warden. Saya lupa adakah beliau juga penasihat pengawas pada waktu itu. Yang pasti, beliau adalah rujukan utama saya dan sahabat-sahabat yang ditugaskan sebagai pengawas dan jawatankuasa asrama. Ustaz banyak membimbing dan mendidik kami secara langsung atau tidak. Dan secara peribadi, saya banyak terkesan dengan teguran umumnya dalam kuliah-kuliah. Serasa teguran itu bukan umum, sepertinya untuk saya, masuk ke jantung, tepat menusuk, menyentak! Begitu, saya tahu saya ada berbuat salah atau tersilap mencatur langkah. Kerana teguran itu berbentuk umum, maka saya tidak merasa malu pada kawan-kawan, tapi saya tahu, saya harus...
BACA SELENGKAPNYA - Kenangan yang Mendidik
2

'Umar, Moga Dapat Bertemumu

Lama saya memendam mahu menulis tentang dia, seorang pemimpin ulung; Syaidina Umar al Khattab. Menulis sedikit, kemudian berhenti, Baru kali ini, saya benar-benar kuat azam setelah mengulit beberapa buku tentang beliau. Setiap kali membaca tentang beliau, saya jatuh cinta pada peribadinya. Teringin benar mahu melihat raut wajah dan perawakan sebenar penglima agung Islami ini. Solat WitirPertama kali saya jatuh cinta, saat membaca tentang pendirian beliau dan Abu Bakar berhubung solat witir. Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Rasulullah s.a.wr bertanya kepada Abu Bakr, ‘Bilakah engkau berwitir?’ Jawab Abu Bakr, ‘Awal malam selepas solat Isya’. Soalan yang sama ditujukan kepada Umar. Umar menjawab, ‘Akhir malam.’ Maka baginda berkata, “Adapun engkau wahai Abu Bakar, bersikap berhati-hati (menjaga supaya tidak terlepas solat Witir setiap malam). Manakala engkau wahai Umar,...
BACA SELENGKAPNYA - 'Umar, Moga Dapat Bertemumu
4

Erti hidup pada memberi

Assalamualaikum, lama benar 'rumah' saya ini ditinggal sendiri. Sudah bersawang rasanya. Bukan kerana tidak punya masa, tapi idea tak kunjung tiba. Benarlah, menulis kadang-kadang adalah cerminan diri. Waktu saya mula-mula menulis blog, ia menjadi cara terbaik untuk meluahkan rasa atau berkongsi cerita. Hingga kadang-kadang saya tidak senang untuk buat kerja lain selagi tidak menulis.Tapi setahun dua ini situasinya berubah. Bukanlah kerana saya lebih pentingkan 'rumah' lain yang mahu dibina tetapi segalanya bermula bila saya merasakan masa saya untuk tesis akan terbuang jika saya mememerah otak untuk menulis blog. Tapi hari ini saya kembali menulis, berharap agar semangat saya pulih untuk terus menulis, bukan terus bahkan pecut untuk menulis tesis. Mahu meminjam semangat ini.Saya mahu kembali seperti dulu. Menulis sebenarnya menjadikan saya lebih kenal diri, lebih terancang kerana idea...
BACA SELENGKAPNYA - Erti hidup pada memberi
Back to Top